Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 1442H/2021M

Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 1442H/2021M
Ibadah Korban

Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 1442H/2021M telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ketetapan ini telah diterbitkan melalui satu kenyatan media rasmi pada 21 Jun 2021. Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa Hari Raya Aidiladha tahun ini bakal menjelang tidak lama lagi, iaitu pada 20 Julai 2021.

Pelaksanaan Ibadah Korban di Masjid & Surau
Wilayah-wilayah Persekutuan

kid 1077793 640
  1. Pelaksanaan ibadah korban dibenarkan, namun proses penyembelihan binatang, lapah, potong, dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan dilaksanakan di:
    – Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Verterinar, dan
    – Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar,
    mengikut penyelarasan JAWI melalui Pejabat-pejabat Pentadbiran Zon.
  2. Pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan, petugas barisan hadapan, dan golongan sasaran.

Pelaksanaan Ibadah Korban di Kawasan Lapang selain Masjid & Surau Wilayah-wilayah Persekutuan

man 519246 640
  1. Dibenarkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Verterinar (DVS), JAWI, dan Pejabat Kesihatan Daerah.
  2. Had kapisiti sembelihan korban tidak melebihi lima (5) ekor sehari, dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang.

Semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan demi memastikan ibadah korban dapat dihayati, dan kemaslahatan semua pihak sentiasa terpelihara.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan ketetapan pelaksanaan ibadah korban pada tahun 1142H / 2021M ini boleh dirujuk melalui Facebook Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 1442H/2021M yang dikeluarkan oleh JAWI ini dapat membantu anda semua dalam membuat perancangan masing-masing semasa menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Diharapkan agar semua pihak dapat menyambut baik akan ketetapan ini agar kita sama-sama dapat menjaga kemaslahatan semua pihak ketika pandemik Covid-19 ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati