Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023

Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023

 Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023.

Kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bantuan pada tahun lepas dengan pembentukan kerajaan yang terdahulu. Kini sudah tahun 2023, pembentukan kerajaan baharu telah dibina dan pelbagai inisiatif bantuan telah dilaksanakan dengan sebaiknya bagi meringankan beban rakyat terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi ini.

Untuk makluman terbaru buat rakyat Malaysia, sekarang satu lagi bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia iaitu Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM60 juta bagi tahun 2023 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Ikuti  maklumat lanjut Bantuan Khas RM250 dibawah

Layari telegram yang penuh dengan info kerjaya, bantuan rasmi daripada kerajaan dan isu semasa terpantas di Malaysia dibawah

telegram us

 Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023

Oleh itu, Bantuan tunai BERNAS adalah inisiatif khas yang dilaksanakan pada tahun ini untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Pihak kerajaan telah memberitahu bahawa BERNAS telah bersetuju untuk menyediakan peruntukkan. Sebanyak RM10 juta pada bulan Disember 2022 serta RM50 juta pada tahun 2023.

Program insentif khas ini akan mula diberikan pada bulan Januari 2023. Sila baca sampai habis maklumat penuh yang dikongsikan berkenaan bantuan kewangan BERNAS RM250.

bantuan bernas khas
Bantuan Khas RM250

Apakah itu Bantuan Tunai Bernas?

Untuk pengetahuan anda, selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) iaitu Mohamad Sabu. Beliau telah mengumumkan program bantuan yang dikenali sebagai bantuan tunai BERNAS. Ianya akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM250 untuk setiap penerima yang layak.

Kira-kira seramai 20,600 para pesawah akan menerima manfaat insentif daripada pemberian sumbangan BERNAS yang berjumlah RM250 sekali bayar bagi setiap penerima.

Bilakah Pembayaran Bantuan Khas RM250 Akan Dibuat?

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan bagi 3 buah negeri di kawasan patai timur dahulu. Negeri yang terlibat adalah terengganu, kelantan dan pahang.

Bagi pembayaran pula, pemberian akan dilaksanakan selewat-lewatnya bermula pada 16 Januari 2023. Manakala bagi negeri lain turut akan disalurkan secara berperingkat. Untuk informasi, insentif khas ini adalah untuk rakyat Malaysia yang merupakan pesawah.

Berikut link berkaitan dengan bantuan bernas:

Maklumat Bantuan

Baca juga bantuan rasmi kerajaan terkini tahun 2023 yang disediakan link di bawah:

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 , Tarikh Dan Jumlah Bayaran Mengikut Fasa

Bantuan BMT Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 2 Tahun 2023

Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM250

Jadual Bayaran Bantuan Khas RM250

Kepada penerima di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menerima bantuan khas ini pada bulan Januari 2023 yang melibatkan peruntukan dana sebanyak RM10 juta.

Bagi negeri Perlis dan Kedah pula akan menerima insentif ini pada bulan Februari 2023 diagihkan secara berperingkat. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri pertanian dan keterjaminan makanan (MAFS), Mohamad Sabu baru-baru ini.

Beliau berkata, kira-kira 240 ribu para pesawah dari seluruh negara akan menerima insentif ini. Dijangkakan pengagihan secara berperingkat ini akan selesai pada bulan Mac 2023.

Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pesawah padi. Tujuan utama pemberian bantuan ini bagi membantu para pesawah di dalam negara supaya tidak tercicir. Tambahan pihak kerajaan akan sentiasa meneliti setiap permasalahan pesawah dan mencari jalan terbaik untuk penyelesaian.

Baca juga bantuan kerajaan terkini tahun 2023 yang disediakan link di bawah:

Penyaluran Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023 RM60 Juta Kepada Pesawah Di Seluruh Negera

Bantuan khas BERNAS:

Pada tarikh 31 Disember 2022, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). YB Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengumumkan bahawa bantuan khas daripada Padi beras Nasional Berhad (BERNAS) yang mana ia berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan diteruskan seperti biasa dengan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah berjumlah RM250 bagi setiap orang pesawah.

Rentetan daripada pengumuman tersebut, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ini telah menerima pelbagai maklum balas dan pertanyaan media. Oleh itu, Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa penyaluran peruntukan khas ini ia adalah dilaksanakan secara berperingkat kepada tiga (3) buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu untuk disalurkan bantuan iaitu Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Pahang yang mana ia melibatkan seramai 20,598 orang pesawah bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

“Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

“MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” katanya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). YB Tuan Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Makluman Tambahan Tentang BERNAS

Tahukah anda, BERNAS telah mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) iaitu pada 7 Julai 1994 serta diswastakan pada 12 Januari 1996 sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan Malaysia. Justeru itulah, amat sukar melihat kenaikan harga beras di pasaran. Walaupun telah berlaku kekurangan beras pada 2008 sehingga ia membawa kepada pembelian yang semakin tinggi di pasaran antabangsa, stok beras tetap masih boleh didapati di kedai-kedai tempatan rakyat Malaysia.

Selain itu, walaupun harga beras global telah meningkat kepada sebanyak 217 peratus, harga beras tempatan Malaysia ia tetap lebih stabil dengan peningkatan hanya 30 peratus, serta tiada kekurangan beras dilaporkan. Krisis Makanan Dunia pada tahun 1973 sehingga krisis terakhir berlaku pada pada tahun 2008 ia telah banyak memberi pengajaran supaya untuk Malaysia lebih berwaspada.

Pernahkah anda tahu bahawa pengakhiran situasi itu ekoran tindakan pantas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan BERNAS dalam mengawal situasi dan memastikan kestabilan bekalan dan harga beras domestik?

BERNAS turut menyerap kos kenaikan harga beras dunia yang melambung bagi memastikan impak yang minimum kepada rakyat. Bagi sebarang lebihan bekalan padi, BERNAS sebagai pembeli padi terakhir bertanggungjawab untuk menangani lebihan itu dalam memastikan semua beras tempatan tersedia di pasaran pada harga yang dijamin.

Peranan utama BERNAS ialah untuk mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping membuat tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti laman web bernas dibawah:

Portal Bernas

BANTUAN KEWANGAN BULANAN

Bagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan, terdapat bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) yang merangkumi pelbagai kategori kelayakan. Untuk semak panduan permohonan dan syarat kelayakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM

Mohon Disini

Harapan Kami Bantuan Khas RM250 

Harapan kami kepada para pesawah yang menerima Bantuan Khas RM250 Bernas Bagi Tahun 2023 agar bantuan tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ada.

Bagi anda yang baru daftar memohon atau sudah memohon, sila rujuk dan ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan dari BERNAS supaya permohonan anda tidak ditolak. Semoga dengan segala usaha anda untuk memohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan dapat anda milikinya dan digunakan dengan sebaik yang mungkin.

Jangan lupa kongsikan maklumat dan info bermanfaat ini kepada rakan-rakan yang lain agar dapat bantuan ini bersama.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati