Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bacaan Ayat Ruqyah Syariah Ringkas, Terjemahan berserta Tanda-tanda Gangguan

ayat ruqyah
Bacaan Ayat Ruqyah Syariah Ringkas, Terjemahan berserta Tanda-tanda Gangguan 3

Apakah itu Ayat Ruqyah?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan di mana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Al Quran untuk penawar dan menghalau jin.

Dalil Berkaitan Ayat Ruqyah

Menurut al-Baghawi, ayat ini menunjukkan bahawa ayat al-Quran berperanan sebagai penawar yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kesesatan, kejahilan, perasaan ragu-ragu, berbolak-balik dan penawar bagi hati. Sementara al-Razi menjelaskan bahawa peranan al-Quran sebagai penawar bersifat menyeluruh iaitu keseluruhan ayat di dalam al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam merawat penyakit-penyakit rohani dan jasmani. Secara asasnya, syariat Islam mengiktiraf kaedah pengubatan atau rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran.

Allah SWT telah berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’: 82)
Kesucian ayat al-Quran perlu dijaga daripada unsur yang boleh mencemarkannya seperti bercampur dengan mantera-mantera yang sesat. Hal ini kerana ia bercanggah dengan firman Allah SWT yang berbunyi:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr: 9)
117891861 3421355797909050 497603557470297264 n
Bacaan Ayat Ruqyah Syariah Ringkas, Terjemahan berserta Tanda-tanda Gangguan 4

Tatacara Bacaan Ayat Ruqyah

1. Baca Al-Fatihah (7x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1)

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

Terjemahannya:
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


2. Baca Ayat al-Kursi (1x)

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Terjemahannya:
[1] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
[2] Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
[3] Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
[4] Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
[5] Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
[6] Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
[7] Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


3. Baca 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah : 285-286 (1x)

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Terjemahannya:
[285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

[286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


4. Baca Surah al-Ikhlas (11x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Terjemahannya:
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

5. Baca Surah al-Falaq (1x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)

Terjemahannya:
[1] Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2] Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3] Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4] Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5] Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.


6. Surah al-Nas (1x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Terjemahannya:
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2] Yang Menguasai sekalian manusia,
[3] Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4] Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
[5] Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
[6] (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”
.

Himpunan Ayat Ruqyah dan Manzil

Berikut adalah susunan ayat ruqyah dan manzil untuk rujukan anda.

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah Ayat:1-5
3. Surah Al-Baqarah Ayat: 102
4. Surah Al-Baqarah Ayat: 163-164
5. Surah Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6. Surah Al-Baqarah Ayat: 285-286
7.Surah Ali-Imran Ayat: 18-19
8. Surah Al-‘Araf Ayat: 54-56
9. Surah Al-‘Araf Ayat: 117-122
10. Surah Yunus Ayat: 81-82
11. Surah Toha Ayat: 69
12. Surah Al-Mukminun Ayat: 115-118
13. Surah As-Soffaat Ayat 1-10
14. Surah Al-Ahqaaf Ayat: 29-32
15. Surah Ar-Rahman Ayat: 33-36
16. Surah Al-Hasyr Ayat: 21-24
17. Surah Al-Jin Ayat: 1-9
18. Surah Al-Ikhlas
19. Surah Al-Falaq
20. Surah An-Naas

Tanda Gangguan Selepas Mendengar Ayat Ruqyah

Simptom yang akan didapati selepas mendengar ayat ruqyah:-

  • Denyutan jantung makin kencang
  • Badan bergegar
  • Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • Mengantuk/menguap
  • Batuk
  • Gelisah
  • Panas di tengkuk

Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, sila merujuk pengamal perubatan Islam seperti DarusSyifa’.

Soalan FAQs Berkenaan Ayat Ruqyah

Apakah tujuan ayat ruqyah?

Tujuan perubatan di mana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin

Adakah ayat kursi termasuk dalam ayat ruqyah?

Benar

Apakah tanda-tanda gangguan selepas mendengar ayat ruqyah?

Denyutan jantung makin kencang
Badan bergegar
Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
Mengantuk/menguap
Batuk
Gelisah
Panas di tengkuk

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati