Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Agihan 10,000 Komputer Riba Buat Pelajar Mulai Julai

Komputer Riba

Agihan 10,000 Komputer Riba Buat Pelajar Mulai Julai 2021. Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba (laptop) menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 bermula 19 Julai sehingga 18 Oktober ini. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Pemberian komputer riba ini akan diagihkan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada penghujung tahun ini. Pengagihan komputer riba menerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), serta 158 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Pemberian laptop untuk Fasa 1 ini membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar. Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan oleh pelajar sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk makluman semua, Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah. Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula bertanggungjawab mengenal pasti serta menentukan laptop yang akan diagih kepada pelajar yang layak.

Kriteria Penerima Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK)

  1. Pelajar sekolah menengah warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  2. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar.
  3. Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  4. Pelajar tidak perlu memohon, tetapi akan dikenal pasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
See the source image

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung dengan Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK) ini boleh dilakukan menerusi:

  • Puan Rosni Leong: 088 369865
  • Puan Mary: 088 369 890 / 088 369 872
  • Pautan DI SINI

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian bantuan lain seperti Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun atau Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500) dan banyak lagi di laman web Sistem Guru Online.

Semoga perkongsian Agihan 10,000 laptop Buat Pelajar Mulai Julai ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Diharapkan penerima bantuan komputer riba ini dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk tujuan pendidikan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati