Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun

image 364
Official Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun 3

Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021. Tengku Zafrul berkata pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun

Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021
Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun

Terdahulu, kerajaan ketika mengumumkan Program PEMERKASA Tambahan berkata sebanyak RM2.1 bilion BPR Tambahan (Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100) diperuntukkan untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Justeru itu, pemohon yang lulus rayuan BPR ini juga layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata permohonan rayuan boleh dibuat menerusi beberapa kaedah, iaitu

  1. Secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM (KLIK DI SINI)
  2. Secara manual, rayuan juga boleh dilakukan dengan penghantaran borang rayuan BPR 2021 di cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada prosedur operasi standard semasa kaunter perkhidmatan kerajaan).

Tarikh Pembayaran Rayuan BPR yang Diluluskan

  • Setelah pangkalan data BPR dikemas kini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan)
  • Pembayaran seterusnya pada September 2021 (BPR Fasa 3)

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini, sejumlah RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari, Mac, dan Mei tahun ini. Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut bekernaan permohonan rayuan BPR ini boleh dirujuk menerusi:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti di bawah ini:

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Ayuh sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja seperti ahli keluarga, rakan sekerja, dan lain-lain yang berkelayakan untuk memohon!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati