Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera

Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera

Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera ini merupakan panduan untuk wanita hamil dan para ibu yang masih menyusui bayi mereka. Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa aplikasi MySejahtera merupakan sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia khusus buat semua rakyat sebagai pengguna untuk beberapa tujuan utama berkaitan dengan pandemik Covid-19 yang menular semenjak penghujung 2019. Salah satu fungsinya membolehkan pengguna membuat pendaftaran vaksinasi secara dalam talian melalui aplikasi ini.

Pada 2 Jun 2021, aplikasi MySejahtera telah melancarkan ciri pilihan baharu untuk mengenal pasti ibu mengandung dan menyusukan bayi bagi tujuan pertimbangan vaksinasi. Sehubungan itu, individu yang sedang hamil ataupun menyusukan bayi tidak perlu khuatir atau bimbang akan kesan sampingan vaksinasi yang bakal diterima. Hal ini demikian kerana, apabila anda semua telah mengemas kini status kandungan mahupun penyusuan di aplikasi MySejahtera secara tidak langsung membolehkan pihak bertanggunjawab (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mempertimbangkan tarikh janji temu pemberian vaksin Covid-19 dan jenis vaksin yang sepatutnya kepada penerima.

Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera

  1. Buka aplikasi MySejatera.
  2. Tekan butang ‘Tutup’ atau ‘Close’ pada bahagian atas sebelah kiri.
  3. Pergi ke menu ‘Vaksinasi COVID19’ atau ‘COVID-19 Vaccination’.
  4. Pilih ‘Vaccine for ____(nama anda)____’
  5. Klik pada butang ‘Click if pregnant / breastfeeding’
    cara kemas kini status mengandung atau menyusukan anak di aplikasi mysejahtera
  6. Tandakan/isikan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang ‘Submit’ pada bahagian bawah.
    cara kemas kini status mengandung atau menyusukan anak di aplikasi mysejahtera
  7. Kemas kini status anda telah selesai.
    cara kemas kini status mengandung atau menyusukan anak di aplikasi mysejahtera

8. Setelah itu, anda masih boleh kemas kini status kandungan atau penyusuan dari semasa ke semasa dengan klik pada ‘update pregnancy/breastfeeding status’.

Panduan Vaksinasi
Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi

Anda semua perlu mengambil tahu panduan vaksinasi bagi golongan ibu mengandung dan ibu menyusukan bayi ini terlebih dahulu sebagai persediaan awal dari segi mental dan fizikal, serta sebagai pengetahuan am untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

ae31e4382c26c3fbc5655b7cc22a7ef07709fc24 ibumengandungsusu

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan panduan vaksinasi bagi ibu mengandung dan ibu menyusukan bayi di pautan Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi | COVID-19 MALAYSIA (moh.gov.my)

74d00b33 34f1 4e14 85d5 4b2c68c85b15
Mengandung dan Menyusukan Bayi

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong seperti Jawatan Kosong Pengajar Gred U41 (Jururawat) ataupun bahan pelajaran seperti Modul Silang Kata Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah dan banyak lagi di laman web Sistem Guru Online.

Semoga perkongsian Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat para ibu yang terlibat. Anda semua juga disarankan untuk rujuk dengan pakar kesihatan sekiranya ingin mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan vaksinasi Covid-19 ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati