Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

GrEP 2021 : Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA Effective Jun 2021

Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP 2021)

Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP 2021) kini dibuka. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) bermula dari 21 Jun sehingga tarikh tutup pada 5 Julai 2021.

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Senarai Bidang Pengajian GrEP 2021

Kursus bagi Program Graduan Cemerlang bagi Tahun 2021 adalah seperti berikut:

  1. Engineering and Environment
  2. Marketing, Business & Management
  3. Creative Design 
  4. IT & Computer Design
  5. Build Professionals
  6. Accounting & Finance
  7. Medical Science
  8. Food Security
  9. Transport

Syarat Umum Permohonan

6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 14
  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.

Dapatkan “Garis Panduan Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan garis panduan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN-GREP-INTAKE-2-2021

Cara Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA di pautan PROGRAM GRADUAN CEMERLANG (GREP) 2021 – Majlis Amanah Rakyat (mara.gov.my) mulai 21 Jun sehingga 05 Julai 2021.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya, dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
  • Telefon: 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
    03-2613 2584 / 2106 / 2083 (GrEP@ Dalam Negara)
  • Emel: [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
    [email protected] (bagi permohonan luar negara)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP 2021) ini dapat menyuntik semangat dan dana kepada para graduan yang berkelayakan serta berminat untuk melanjutkan pelajaran pasca siswazah baik dalam negara mahupun luar negara. Pastikan anda semua tidak terlepas tarikh permohonan sementara masih ada. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati