Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini Tarikh Surat Tawaran Haji Rayuan & Kriteria Kesihatan 2022

Makluman : Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini | Tarikh Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan!
Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini Tarikh Surat Tawaran Haji Rayuan & Kriteria Kesihatan Ibadah Haji sudah menjadi impian bagi setiap muslim untuk menunaikannya, kerna ia merupakan kewajipan dalam rukun islam. Namun, Agama Islam meletakkan syarat untuk melaksanakannya hanyalah bagi yang berkemampuan. Kerna kita sudah akui harini untuk melalukan ibadah haji ataupun umrah tak dapat tidak, ia memerlukan wang ringgit untuk menunaikannya.

Namun, kita juga menyedari bahawa menunaikan ibadah umrah ataupun haji adalah merupakan satu rezeki dari Allah yang tak ternilai. Oleh demikian itu, ada hamba Allah yang dijemput menunaikan ibadah haji ataupun umrah tanpa mengeluarkan satu sen pun duit poketnya kerana dia ditaja oleh hamba Allah yang lain yang mempunyai sifat pemurah. Begitulah konsep rezeki Allah, datangnya dari arah yang tidak disangka-sangka.

Untuk ibadah Haji pada tahun ini, Tabung Haji telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa Tabung Haji bakal buat pengumuman mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpillih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi platform-platform komunikasi rasmi TH.

Makluman tambahan, layari telegram Official Bantuan Kerajaan bagi dapatkan info dan maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan yang disediakan untuk membantu rakyat Malaysia.

https://t.me/officialbantuankerajaan

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini Tarikh Surat Tawaran Haji Rayuan & Kriteria Kesihatan

Menurut Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman telah berkata bahawa bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak status serta menjawab tawaran haji selepas tarikh pengeluaran surat tawaran itu yang bakal diumumkan.

Menurut beliau lagi sebagai langkah pesanan dan nasihat untuk masyarakat Malaysia supaya tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan berita yang telah diviralkan di media sosial sama ada mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran Haji, rayuan, syarat kelayakan serta kriteria pemeriksaan kesihatan.

“Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH yang akan memaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji tahun ini telah diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah percaya berita yang tular di media sosial tentang tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan, syarat kelayakan dan kriteria pemeriksaan kesihatan,” ucapan oleh Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengarah Eksekutif Haji) dalam kenyataannya di sini.

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini

Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengarah Eksekutif Haji) memberitahu bahawa menurutnya berita palsu yang telah disebarkan itu telah menimbulkan pelbagai kegelisahan dalam kalangan masyarakat serta Tabung Haji juga telah didatangi dengan pelbagai persoalan dan pertanyaan mengenai perkara itu.

Tabung Haji telah memaklumkan bahawa kini kursus asas haji yang dianjurkan selama 13 minggu bermula 25 November sehingga 17 Februari 2023 adalah sebagai langkah persediaan untuk bakal-bakal haji melengkapkannya dengan ilmu pengetahuan berkenaan ibadat haji serta gambaran suasana terkini di Tanah Suci ini.

Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai Ibadah Haji dengan lebih lanjut dan terperinci, anda boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian ini 03-62071919.

Ataupun anda boleh klik link sumber mengenai apa yang telah dimaklumkan oleh Tabung Haji Makluman Tabung Haji Tarikh Pengeluaran Surat Tawaran Haji, Rayuan Haji, Syarat Kelayakan Bakal Haji Dan Juga Kriteria Pemeriksaan Kesihatan.

Tarikh Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan!

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji
Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji

Sedikit maklumat tambahan, bagi anda yang ingin mencari jawatan kosong kerajaan atau bantuan kerajaan. Berikut kami sediakan link bagi membantu anda mendapatkan maklumat mengenainya.

Link Jawatan Kosong:

  1. Terkini : Pengambilan Jawatan Kosong Besar-besaran di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) Tahun 2022 | Permohonan Kini Di Buka
  2. Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
  3. Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
  4. Terkini : Jawatan Kosong Di Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) | Permohonan Kini Di Buka!
  5. Terkini : Jawatan Kosong Di Perbadanan Perwira Harta Malaysia Bulan Disember 2022 | Mohon Segera!

Link Bantuan Kerajaan:

Semoga Allah mudahkan urusan anda.

Apakah Itu Tabung Haji?

Sebenarnya ramai yang mengenali nama Tabung Haji tetapi tidak ramai yang kenal apakah itu Tabung Haji.

Sebelum tertubuhnya nama Tabung Haji pada tahun 1995, adalah namanya Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), dimana sebelum wujudnya LUTH ini adalah hasil daripada penggabungan antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang mana tercetusnya gabungan ini pada tahun 1969.

Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji
Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji

Sebelum tertubuh lembaga Tabung Haji tiada institusi kewangan Islam pada ketika itu yang boleh memberikan perkhidmatan mereka kepada umat Islam di Malaysia dengan menyimpan wang bagi menanggung kos perbelanjaan untuk menunaikan ibadah haji walaupun pada masa itu sudah ada beberapa bank namun umat Islam di negara ini enggan dengan bank yang berkonsepkan konvensional ini bagi tujuan mengerjakan ibadah haji sebab mereka mahu tabungan haji mereka bebas daripada sebarang unsur dan amalan riba supaya haji yang mereka tunaikan diperoleh dengan Haji Mabrur.

Ketika PWSBH mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji telah membuka akaun mereka dengan jumlah tabungan sebanyak RM46,610. Tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin selamat dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperoleh Haji Mabrur. Pada masa itu, tiada sama sekali niat untuk meraih bonus atau dividen.

Begitulah besarnya peranan Tabung Haji ini buat umat Islam di Malaysia terutama bagi anak-anak muda, kanak-kanak di mana telah dididik sejak kecil supaya menabung dalam Tabung Haji agar dapat menunaikan ibadah haji diwaktu usia yang muda.

Untuk mengenali lebih details mengenai Tabung Haji, anda boleh pergi ke halaman laman web rasmi Tabung Haji dengan menekan link yang disediakan ini Kenali Tabung Haji.

Akhir kata 

Semoga dengan maklumat dan info yang kami sampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin menunaikan ibadah haji dan semoga kita semua dipilih oleh Allah menjadi tetamu menunaikan ibadah haji. Insya Allah Amin…

Sertai Telegram Rasmi Kami Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan maklumat yang bermanfaat mengenai Malaysia di bawah

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati