Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Geran Khas Prihatin Tambahan RM500

Geran Khas Prihatin Tambahan RM500
Geran Khas Prihatin Tambahan RM500

Geran Khas Prihatin Tambahan RM500 ini merupakan bantuan kerajaan terkini yang baru sahaja diumumkan pada 31 Mei 2021. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi seluruh negara, terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Geran Khas Prihatin Tambahan RM500

Bantuan RM3600 Setahun

Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:

  • Matlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam,
  • Matlamat Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, dan
  • Matlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Seterusnya bagi Matlamat Ketiga, kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan khususnya terhadap Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam menguruskan aliran tunai mereka. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP. Sehubungan itu, sukacita diumumkan bahawa kadar GKP akan ditambah sebanyak RM 500, daripada RM 1,000 pada sebelum ini menjadi kepada RM 1,500.

Untuk makluman semua, permohonan baharu GKP 3.0 (Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000 yang mana permohonannya telah dibuka pada 1 April sehingga 15 April lalu) masih dalam proses semakan. Tarikh mula semakan kelulusan tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Anda semua boleh rujuk https://gkp.hasil.gov.my untuk sebarang makluman terkini.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin

  • Hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM 1,000 pada pertengahan bulan Jun ini.
  • Manakala tambahan RM 500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut menegaskan berdasarkan S.O.P terbaharu yang diumumkan, kerajaan masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan, dan termasuklah perusahaan mikro. Oleh itu, sekiranya para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%. Sehubungan itu, bagi sesiapa yang berminat bolehlah rujuk Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 untuk maklumat lanjut.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100 ataupun Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera.

Diharapkan agar Geran Khas Prihatin Tambahan RM500 ini dapat menyuntik semangat para PKS yang terlibat untuk terus bersemangat dalam menempuh dugaan perniagaan masing-masing sepanjang tempoh total lockdown yang sedang berjalan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati