Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Effective April 2021

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ini sedang dibuka permohonannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sehingga tarikh tutup pada 11 April 2021. Terdapat sebanyak 30 kekosongan dan 100 simpanan yang ditawarkan bagi jawatan kosong yang dibuka.

Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 yang dibuka ini merupakan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. SPA sedang mencari individu-individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut sekiranya ingin menyertai perkhidmatan awam:

  • Berketerampilan baik
  • Bersemangat tinggi dalam kerja berkumpulan
  • Berbakat dalam kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Individu yang dilantik sebagai Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 adalah dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas-tugas berikut:

  1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Jadual Gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

 Gaji Minimum

RM1,498.00

 Gaji Maksimum

RM5,678.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan 

RM145.00

Syarat Lantikan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
  3. Memiliki mana-mana kelayakan berikut:
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
    3. Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan syarat lantikan, atau
  • lulus Peperiksaan Khas, dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain

Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para pelajar khususnya lepasan STPM / STAM / Diploma atau mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengambil peluang ini bagi menyertai perkhidmatan dalam dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati