Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 telahpun diumumkan pada 10 Jun 2021. Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan bahawa kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri Johor yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 ini.
Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0
Isi Kandungan
- 1 Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0
- 2 1. Bantuan RM500 Untuk Pengusaha Kantin Sekolah, Pengusaha Salon / Kedai Gunting Rambut, Pemandu Bas / Van Sekolah
- 3 2. Bantuan RM500 Untuk PKS
- 4 3. Bantuan RM500 Untuk Penerima e-Kasih, Imam Bilal & Noja
- 5 4. Bantuan RM500 Untuk Golongan Yang Hilang Pendapatan
- 6 5. Baucar Barangan RM200 Untuk B40
- 7 6. Bantuan Bakul Makanan RM100
- 8 7. Program Gerobok Makanan & Baucar KFC RM20 Untuk Mahasiswa, Anak Yatim, Warga Emas dan Lain-lain
- 9 8. Bantuan Sumbangan Peranti
- 10 9. Bantuan Kaunseling & Ujian Psikologi Dalam Talian
- 11 10. Elaun Khas Southern Volunteers RM50 Sehari
- 12 11. Bantuan RM500 Untuk Pengamal Media & Penggerak Info On Wheels
- 13 12. Bantuan Untuk Penggiat Seni
- 14 13. Bantuan Untuk Sektor Pelancongan
- 15 Penerima Bantuan Wajib Mendaftar Vaksin
- 16 Maklumat Lanjut
Menurut beliau, PRE Ihsan Johor 3.0 akan menggunakan pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan atau sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat tersebut. Senarai bantuan yang diberikan adalah seperti berikut.
1. Bantuan RM500 Untuk Pengusaha Kantin Sekolah, Pengusaha Salon / Kedai Gunting Rambut, Pemandu Bas / Van Sekolah
- Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada 1,197 pengusaha kantin sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, 4,202 pemegang lesen premis gunting rambut atau salun serta 2,123 pemandu bas dan van sekolah yang berdaftar.
2. Bantuan RM500 Untuk PKS
- Bantuan RM500 kepada PKS yang berdaftar dengan PBT seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar tani dan penjaja.
- Penerima bantuan Pemerkasa Plus juga layak menerima bantuan Ihsan Johor 3.0
3. Bantuan RM500 Untuk Penerima e-Kasih, Imam Bilal & Noja
- Bantuan akan diberikan kepada 22,071 penerima dalam senarai e-Kasih
- Golongan imam, bilal dan noja berjumlah 5,264 orang turut akan menerima bantuan RM500.
4. Bantuan RM500 Untuk Golongan Yang Hilang Pendapatan
- Seramai 10,000 orang yang hilang pekerjaan atau pendapatan turut akan menerima bantuan RM500
5. Baucar Barangan RM200 Untuk B40
- Penyaluran baucar barangan bernilai RM200 kepada 300,000 penerima yang dikategorikan dalam keluarga B40
- Dilaksanakan dengan kerjasama MyKasih Foundation
- Akan diselaraskan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dengan bantuan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
6. Bantuan Bakul Makanan RM100
- Bernilai RM100
- Diberikan kepada 20,000 rakyat yang memerlukan dengan peruntukan RM2 juta
- Diselaraskan oleh Yayasan Sultan Ibrahim (YSI).
7. Program Gerobok Makanan & Baucar KFC RM20 Untuk Mahasiswa, Anak Yatim, Warga Emas dan Lain-lain
- Bantuan sebanyak RM8 juta pula diberikan untuk ‘Program Gerobok Makanan’
- Memberi manfaat kepada hampir 100,000 rakyat terkesan
- Sebanyak 100,000 baucar KFC bernilai RM20 juga akan diberikan kepada golongan yang terkesan seperti mahasiswa, anak-anak yatim piatu, warga emas dan lain-lain lagi melalui Johor Corporation (JCorp)
8. Bantuan Sumbangan Peranti
- Bagi membantu pelajar di sekolah rendah dan menengah mengikuti program Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), kerajaan negeri akan melaksanakan ‘Bantuan Sumbangan Peranti’ kepada sekolah di seluruh Johor.
- Peranti itu nanti akan dijadikan sebagai aset sekolah dan kemudahan ini akan dipinjamkan kepada seramai 8,000 pelajar yang kurang berkemampuan.
9. Bantuan Kaunseling & Ujian Psikologi Dalam Talian
- Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bagi mengadakan klinik kaunseling, webinar psikologi dan kaunseling serta ujian psikologi secara dalam talian yang akan dapat membantu 10,000 orang.
10. Elaun Khas Southern Volunteers RM50 Sehari
- Diberikan kepada setiap penggerak Southern Volunteers (SV)
- RM50 sehari
- melibatkan hampir 400 penggerak setiap hari membabitkan golongan belia secara amnya
- peruntukan sebanyak RM 1.8 juta disediakan bagi latihan dalam talian di bawah seliaan Unit Strategik Modal Insan
11. Bantuan RM500 Untuk Pengamal Media & Penggerak Info On Wheels
- Bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan pengamal media dan penggerak Info on Wheels yang membuat penerangan dan advokasi tentang pandemik di seluruh negeri Johor
- Pemberian sebanyak RM500 akan diberikan
- 300 orang individu terlibat
12. Bantuan Untuk Penggiat Seni
- Pemberian bantuan sebanyak RM500,000 kepada persatuan dan penggiat seni di negeri Johor.
13. Bantuan Untuk Sektor Pelancongan
- RM2000 – kepada pengusaha hotel bajet yang berdaftar
- RM1000 – kepada pengusaha homestay, pemandu pelancong, dan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
Penerima Bantuan Wajib Mendaftar Vaksin
Semua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan pakej bantuan ini boleh dirujuk menerusi Pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 (KLIK DI SINI)
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini)
- Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100
- Geran Khas Prihatin Tambahan RM500
- Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Menteri Besar Johor di atas usaha mewujudkan Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 dalam membantu keperluan rakyat Johor khususnya. Diharapkan agar bantuan sebegini dapat diperluas secara menyeluruh di negeri-negeri lain juga.