Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM

Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM ini merupakan jawatan kosong terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 30 Jun 2021. Fakuti Perubatan, Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi SEGERA kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh.

Senarai Jawatan Kosong di Fakulti Perubatan

1. Penolong Pegawai Tadbir

  • Taraf Jawatan: Sambilan
  • Kadar Upah: RM 72.00 / Sehari (9 Jam)
  • Syarat Lantikan:
    – Warganegara Malaysia
    – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    – Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    – Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
409036713 1544106603075665 4679209199052760047 n

2. Pembantu Tadbir

  • Taraf Jawatan: Sambilan
  • Kadar Upah: RM 54.00 / Sehari (9 Jam)
  • Syarat Lantikan:
    – Warganegara Malaysia
    – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    – Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan-PSH-JUN-2021

Cara Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman web Fakulti Perubatan, UiTM di http://medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh.
  • Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
  • Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-
    BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
    FAKULTI PERUBATAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
    KAMPUS SUNGAI BULOH
    JALAN HOSPITAL
    47000 SUNGAI BULOH
    SELANGOR DARUL EHSAN
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA HARI RABU, 30 JUN 2021.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati