Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500)

 

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500)

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500) ini dibuka bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Bantuan ini diwujudkan khas bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan pada masa ini.

Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 ini merupakan kesinambungan daripada bantuan yang serupa juga seperti sebelum ini, iaitu Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 1.0 dan 2.0. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan bantuan ini kepada mana-mana individu yang memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan.

May be an image of one or more people and text

Siapakah yang Layak Membuat Permohonan?

  1. Golongan B40 yang terjejas pendapatan.
  2. Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
  3. Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulamal MAIWP.
  4. Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0.
  5. Penerima Bantuan Kecemasan 1.0 (permohonan Mac – April 2021) dan tidak memohon/gagal ketika memohon Bantuan Kecemasan 2.0.

May be an image of one or more people and text that says "BANTUAN MAIWP KECEMASAN 3.0 SOALAN Saya pernah menerima bantuan kecemasan PKP 1.0 (permohonan Mac April 2020) dan tidak memohon gagal ketika memohon bantuan kecemasan semasa PKP 2.0. Adakah saya boleh memohon bantuan kecemasan 3.0? JAWAPAN Ya, perlu membuat permohonan bantuan kecemasan 3.0 secara atas talian. MAIWPHQ WWW.MAIWP.GOV.MY MAIWPTV"

Siapakah yang Tidak Layak Membuat Permohonan?

Pemohon yang tidak layak memohon Bantuan Kecemasan 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Penerima bantuan kewangan bulanan Baitulmal MAIWP.
  2. Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP.

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎BANTUAN MAIWP KECEMASAN 3.0 SOALAN Siapa yang tidak layak memohon bantuan kecemasan 3.0? JAWAPAN Pemohon yang tidak layak memohon bantuan kecemasan 3.0 Penerima bantuan kewangan bulanan Baitulmal MAIWP Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP ل MAIWPHQ WWW.MAIWP.GOV.MY MAIWPTV‎"‎‎

Namun begitu, kesemua penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP akan menerima Bantuan Zakat Khas tambahan secara AUTOMATIK.

May be an image of one or more people and text that says "BANTUAN ZAKAT KHAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN MAKLUMAN Penyaluran Bantuan Tambahan secara one off RM300 seorang Semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP akan menerima bantuan zakat khas tambahan secara AUTOMATIK. Bantuan akan disalurkan secara berperingkat bermula 15 JUN 2021- 15 15JULAI2021. JULAI MAIWP PRIHATI KASIH ASHAF ABE2I f @maiwphq MAIWP TV"

Selain itu, bantuan kecemasan COVID-19 3.0 secara one-off akan disalurkan secara AUTOMATIK bagi penerima bantuan kecemasan COVID-19 2.0.

May be an image of one or more people and text that says "MAIWP BANTUAN ZAKAT KHAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN MAKLUMAN Penyaluran Bantuan Kecemasan COVID-19 secara one off RM500 seorang Bantuan kecemasan COVID-19 3.0 secara one-off akan disalurkan secara AUTOMATIK bagi penerima bantuan kecemasan Covid-19 2.0 (November- Disember 2020). Bantuan akan disalurkan secara berperi ingkat bermula 15 JUN 2021- JULAI 2021. ABEZI MAIWP PRINATIN ASIH ASNAF f @maiwphq www. maiwp. gov.my MAIWP TV"

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan?

Kadar bantuan sebanyak RM500 one-off akan disalurkan secara berperingkat bermula pada bulan Jun hingga Julai 2021 kepada yang layak.

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎BANTUAN MAIWP KECEMASAN 3.0 SOALAN BUKAN Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP dan tidak tergolong dalam mana-mana inisiatif yang dinyatakan. Adakah MAIWP menawarkan bantuan lain? JAWAPAN Bantuan Kecemasan Covid-19 3.0 akan dibuka bermula pada 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 secara atas talian kepada B40 yang terjejas pendapatan dengan syarat: Tidak pernah memohon bantuan kecemasan Covid-19 ii) Tidak menerima mana-mana inisiatif yang dinyatakan. Kadar bantuan sebanyak RM500.00 one-off yang akan disalurkan secara berperingkat bermula Jun Julai 2021 kepada yang layak ل MAIWPHQ WWW.MAIWP.GOV.MY MAIWPTV‎"‎‎

Cara Permohonan

Individu yang berkelayakan boleh memohon bantuan ini secara dalam talian menerusi pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung di laman rasmi Facebook MAIWP atau Talian Hotline.

  • Facebook Rasmi MAIWP
  • Kuala Lumpur: 012-5183614 / 012-5127614 / 019-2007623
  • Putrajaya: 011-59496216 / 011-63038443
  • Labuan: 013-8516066

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti di bawah ini:

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Ayuh sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja seperti ahli keluarga, rakan sekerja, dan lain-lain yang berkelayakan untuk memohon!