
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0) kini dibuka. Inisiatif penangguhan bayaran balik yang disediakan oleh PTPTN ini adalah ditujukan khas kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh PKP 3.0 semasa ini.
Untuk makluman semua, penangguhan ini hanya diberikan kepada peminjam yang layak sahaja. Selain itu, peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja. Permohonan penangguhan ini boleh dilakukan mulaiĀ 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0)
Isi Kandungan
Siapakah yang Layak Memohon Penangguhan?
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
- Peminjam yang kehilangan pendapatan, iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan, iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Berapakah Tempoh Penangguhan Bayaran Balik ini akan Diberikan?
- Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan diberikan iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat.
- Kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula
pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan
gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal. - Arahan pembatalan potongan gaji dalam tempoh penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, tiada kelulusan baharu akan dikeluarkan kepada peminjam.
Cara Permohonan Penangguhan

- Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0).
- Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta
membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan. - PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini
semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan
peminjam diterima.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
- Live Chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
- Soalan Lazim Penangguhan Bayaran Balik (PKP 3.0)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0
- Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini)
- Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100
- Geran Khas Prihatin Tambahan RM500
- Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
Diharapkan agar perkongsian Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya buat peminjam yang terlibat. Semoga urusan permohonan anda semua dipermudahkan dan berjalan lancar.