Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini)

image 362
Pakej Kita Selangor 

Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini) ini merujuk kepada bantuan terbaharu yang diumumkan pada 9 Jun 2021. Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat negeri Selangor.

Menurut Yang Berhormat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Pakej Kita Selangor 2.0 ini akan digerakkan menerusi tiga strategi meliputi 25 program. Berikut merupakan senarai 25 inisiatif bantuan yang dikategorikan dalam tiga strategi yang berbeza.

Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini)

Strategi Pertama:
Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat

  1. Program bakul makanan (RM3.28 juta)
  2. Bantuan kewangan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia (RM1.5 juta)
  3. Bantuan khas RM500 OKU (RM600,000)
  4. Moratorium usahawan Hijrah Selangor selama 1.5 bulan (RM11.35 juta)
  5. Hotline khusus aduan keganasan rumah tangga (RM100,000)
  6. Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi graduan tahun 2021 (RM1.3 juta)
  7. Program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) (RM2.1 juta)
  8. Portal ePTRS.my (RM500,000)
  9. Penangguhan bayaran sewa PPR dan Smart Sewa (RM900,000)
  10. Bantuan khas buat pengusaha dan guru pendidikan awal (Tadika) (RM500,000)
  11. Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor (YS) (RM1 juta)
  12. Bantuan mahasiswa Selangor (RM1.5 juta)
  13. Bantuan kewangan sektor pelancongan di negeri Selangor (RM2.55 juta)
  14. Data internet Selangor (RM17.5 juta)
  15. Skim Internet Selangor kategori M40 (SISM40)

Strategi Kedua:
Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor

Bantuan RM6000 Bina Rumah Sendiri
  1. Selangor Advance (RM200 juta)
  2. Program Jaminan Bekalan Makanan (RM10 juta)
  3. Program Agro Prihatin (RM1.5 juta)
  4. Program Peningkatan Hasil (RM1.93)
  5. Pinjaman Hijrah Selangor (RM80 juta)
  6. PLATS Selangor

Strategi Ketiga:
Kawalan Kesihatan
Untuk Mengekang Penularan Wabak

  1. Ujian Saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3 (RM10.7 juta)
  2. Home Assessment Tool’ (RM1.25 juta)
  3. Rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin (RM1 juta)
  4. Kawalan kesihatan di tempat kerja (RM500,000)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pakej bantuan ini boleh dirujuk menerusi Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 (KLIK DI SINI)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Menteri Besar Selangor di atas usaha mewujudkan Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini) dalam membantu keperluan rakyat Selangor khususnya. Diharapkan agar bantuan sebegini dapat diperluas secara menyeluruh di negeri-negeri lain juga.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati