Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Effective Jun 2021

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021 kini dibuka. Permohonan awal adalah melalui pendaftaran secara dalam talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) bermula pada 10 Jun 2021 sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2021.

Syarat Asas Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur: Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah
  3. Penglihatan: boleh meilhat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, serta tidak rabun warna.
  4. Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  5. Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf Kesihatan: sihat/tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik, dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  7. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah: Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Syarat Fizikal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki

Tinggi

  • Ukuran tinggi minima lelaki: 1.62m
  • Ukuran tinggi minima wanita: 1.57m

Berat

  • Berat badan minima lelaki: 47.5kg
  • Berat badan minima wanita: 40.5kg

Indeks Jisim Badan (BMI)

  • Di antara 18 hingga 26.9 bagi lelaki dan wanita

Kelayakan Akademik Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki

  1. Sijil Pelajaran Malaysia
    (Gaji Permulaan: RM1,564.00)
  2. Sijil Vokasional Malaysia
    (Gaji Permulaan: RM1,564.00)
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 serta SPM
    (Gaji Permulaan: RM1,630.01)
  4. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 serta SPM
    (Gaji Permulaan: RM1,696.02)
  5. Diploma Kejuruteraan
    (Gaji Permulaan: RM2,026.07)

Dapatkan “Panduan Pendaftaran Baru” di sini

408502984 7262645507103478 7985061030827269632 n

Di sini admin nak kongsikan panduan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Panduan Pendaftaran Baru Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat

Cara Permohonan

Permohonan awal adalah melalui pendaftaran secara dalam talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) menerusi pautan laman web berikut:

  1. Portal Rasmi Tentera Darat (KLIK DI SINI)
  2. Portal Jom Masuk Tentera – Perajurit Muda (Darat) (KLIK DI SINI)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan ini boleh dirujuk menerusi Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia.

  • No. Tel: 017-6453771 / 011-63312106
  • Hari: Isnin – Jumaat
  • Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
  • Halaman Facebook Rasmi: Tentera Darat Malaysia

Senarai jawatan kosong yang lain:

Diharapkan agar individu yang memenuhi syarat dan berkelayakan dapat merebut peluang Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021 ini sementara permohonan masih dibuka. Anda semua digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati