Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22 Effective Jun 2021

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (Lelaki dan Wanita) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki) kini dibuka. Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula daripada 11 Jun 2021 sehingga 2 Julai 2021.

Syarat-syarat Kelayakan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia

  1. Semua calon lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 28 Feb 2022.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta – Lelaki sahaja.
  5. Taraf Perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

Taraf Kesihatan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan, dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan.
  2. Penglihatan – jelas tanpa cermin mata atau kanta lengkap serta tidak rabun warna.
  3. Ukuran tinggi minima – lelaki (1.62m) / wanita (1.60m)
  4. Ukuran berat minima – lelaki (47.5kg) / wanita (46.5kg)
  5. BMI – lelaki (18.0 – 25.0) / wanita (18.0 – 23.0)
  6. Beza ukuran dada pernafasan – lelaki (5cm) / wanita (4cm)

Taraf Kokurikulum Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia

  • Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan.
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Langkah-langkah & Proses Permohonan Secara Dalam Talian

408987139 10232254294598263 8875136461119888006 n 1
  1. Pemohon perlu mengimbas Kod QR untuk mendaftar maklumat awal.
  2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM.
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan pada 5 Julai 2021.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan.
  6. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.
  7. Pemohon hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Tiada Permohonan Secara Walk-In

  • Hanya calon yang mendaftar secara dalam talian (online) serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan sahaja berpeluang dipilih untuk ke pemilihan ini.
  • Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran secara dalam talian adalah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini sila rujuk DI SINI.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Diharapkan agar individu yang memenuhi syarat dan berkelayakan dapat merebut peluang Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22 ini sementara permohonan masih dibuka. Anda semua digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati