Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun

Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun

Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun kini ditawarkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik selama sebulan bermula 18 Jun sehingga bulan hadapan pada 18 Julai 2021. Tawaran diskaun pengurangan kompaun sehingga 50%  diberikan bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Namun demikian, tawaran pengurangan kompaun saman ini tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkahmah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat, dan kesalahan pengubahsuaian ekzos.

Untuk makluman semua, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman sama ada di kontinjen ataupun ibu pejabat polis daerah AKAN DITUTUP. Hal ini bertujuan bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

May be an image of text that says "Inaata MyBayar Saman Kempen Bayar Saman melalui Portal dan Aplikasi MyBayar Saman MyBayar Saman tawaran diskaun kompaun sehingga 50% bagi saman individu dan syarikat tertakluk terma dan syarat 18 Jun- 18 Julai 2021 PDRM Daftarlah sebagai pengguna MyBayar Saman portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rn atau turun aplikasi Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery PDRMsia_Tr Lewat BAYAR, BAYAR Lebih The More You Delay, The More You Pay JSPTPDRM Pdrmsia_trafi #tolongkamibantukami@jspt"

Cara Mendaftar Sebagai Pengguna

Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau muat turun aplikasi menerusi Google Playstore, Apple Store, dan Huawei AppGallery. Kepada mereka di luar sana yang masih belum menggunakan kemudahan ini, ayuh segera rebut peluang ini dengan mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

MyBayar Saman merupakan inisiatif Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat. Selain itu, JSPT berharap dengan penawaran pengurangan kompaun saman ini akan dapt membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19 pada masa ini. Untuk makluman semua, pembayaran saman yang dilakukan secara atas talian ini tidak akan dikenakan sebarang caj perkhidmatan.

Langkah Penggunaan MyBayar Saman

See the source image

Jenis Kesalahan yang Tidak Ditawarkan Pengurangan Kompaun

May be an image of one or more people

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan tawaran pengurangan kompaun saman trafik ini boleh dirujuk DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti di bawah ini:

Semoga perkongsian Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun ini dapat memberi informasi kepada anda untuk rebut peluang menikmati pemotongan kadar pembayaran saman sekiranya ada. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada khalayak ramai yang terdapat di sekeliling anda.

Anda Mungkin Meminati