Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Effective Bermula 31 Julai 2021

Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021

Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021 ini adalah bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021. Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM tersebut mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021.

Walau bagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.

Pengoperasian Kaunter JPJ Sepanjang Tempoh Total Lockdown 1 Jun – 14 Jun 2021

  1. Bagi pengoperasian kaunter pula, semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang hanya melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja, yang memerlukan melakukan rentas sempadan negara, seperti berikut:
    – Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM),
    – Pendaftaran Baharu,
    – Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC), dan Maklumat Kenderaan Sahaja, dan
    – Pembaharuan PSV dan GDL.
  2. Bilangan petugas kaunter tidak melebihi 20% daripada keseluruhan bertugas.
  3. Mod bayaran (Tunai / Cashless):
    – Tempoh penerimaan bayaran secara tunai adalah tertakluk kepada penetapan oleh Pengarah JPJ Negeri, berdasarkan kepada waktu operasi Bank / perkhidmatan Cash In Transit (CIT).
  4. Semua urusan adalah secara temu janji sahaja dan sebarang walk-in TIDAK dibenarkan.

Pengoperasian UTC Ditutup Seluruh Negara

Bagi pengoperasian kaunter JPJ di mana-mana Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara adalah ditutup secara sepenuhnya sepanjang tempoh total lockdown.

Maklumat Lanjut Lesen Memandu

wheelchair 2090900 640
Lesen Memandu

Sebarang maklumat lanjut berkenaan urusan sama ada pembaharuan lesen kenderaan mahupun lesen memandu JPJ boleh dirujuk DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Diharapkan agar semua pihak sedia maklum dengan perkara ini dan tidak terburu-buru menuju ke mana-mana kaunter JPJ bagi sebarang urusan yang tidak termasuk dalam essential services. Pastikan anda membuat temu janji dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter sekiranya memerlukan. Tegasnya, semua pihak adalah digalakkan agar terus kekal di rumah sahaja sepanjang tempoh total lockdown ini bagi menyokong usaha kerajaan dalam melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan negara kebelakangan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati