Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Keusahawanan Menjual AisKrim?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Penulisan Contoh Kertas Kerja Projek
Pengenalan Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Keusahawanan Menjual AisKrim
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas.
Penyertaaan murid khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu Projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
Projek Keusahawanan
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan murid dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Pengurusan Diri dan aspek ini juga secara tidak langsung terdapat dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Berdasarkan usaha tersebut, kelas PPKI SK Tanjung Bunga ingin membudayakan keusahawanan di kalangan murid khas.
Matlamat
Matlamat projek keusahawanan kelas PPKI SK Tanjung Bunga ialah untuk membentuk murid khas sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai pencari kerja. Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu opsyen yang realistik untuk murid Khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap murid. Aktiviti,produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para murid khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Keusahawanan Menjual AisKrim” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Keusahawanan Menjual AisKrim menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Kertas Kerja Projek Keusahawanan Menjual AisKrim
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.