Kekosongan Jawatan di Protege (Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs) dibuka sehingga 5 Mac 2021. Program ini merupakan penambahbaikan daripada Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang telah dilancarkan pada 28 Januari 2019.
Menurut Menteri Pembangunan dan Keusahawanan iaitu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hampir 70% yang terlibat dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah berjaya mendapatkan kerjaya mereka.
Program Protege
Isi Kandungan
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs atau singkatannya Protege merupakan sebuah program dilancarkan oleh kerajaan. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk dan melatih para belia ke arah bidang keusahawanan melalui latihan-latihan keusahawanan dan kebolehpasaran yang disediakan.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan ramai usahawan dalam kalangan belia yang bersifat kompetitif serta sentiasa bersedia mengharungi apa jua rintangan dalam pasaran dunia bagi memenuhi keperluan industri pada ketika ini. Maklumat terperinci mengenai Protege boleh didapati di Portal Rasmi Protege.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Web Rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Kerajaan beranggapan bahawa melalui program Protege ini, kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan serta melatih lebih banyak graduan agar menjadi usahawan berjaya.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diinginkan seperti berterampilan, berdaya saing, kreatif dan berinovasi amat dialu-alukan untuk memohon jawatan ini.
Info Kekosongan Jawatan Di Protege
- Jawatan: Jurutera Mekanikal
- Majikan: Protege
- Lokasi kekosongan : Johor
- Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2021
Syarat Kelayakan dan Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Kelulusan Minimum :Ijazah Sarjana Muda IPTA/IPTS
- CGPA 2.50 ke atas
Faedah
- Socso dan EIS/SIP
- Elaun RM 2,000 sebulan
- Medical Card
- Cuti Tahunan
Kepada lepasan graduasi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas.
Cara Memohon Jawatan :
- Permohonan adalah secara online melalui dengan menghantar resume anda ke alamat emel [email protected]
- Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
Dokumen yang diperlukan:-
- Resume
- Salinan Mykad
- Salinan Transkrip Akademik
Iklan Permohonan dan Syarat-syarat:
(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)
Latihan Keusahawanan Disediakan
1. Protege Entrepreneurship Intern
Latihan bersama Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selama empat (4) bulan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan para peserta Protege ke arah bidang keusahawanan dan operasi perniagaan sebenar.
2. Protege Boot-Camp
Boot-camp dilaksanakan bagi membantu usahawan baru membina kertas kerja perniagaan bermula dari awal sehingga perniagaan berjaya dijalankan. Camp ini dilaksanakan selama tiga (3) hari.
3. Protege Business Accelerator
Latihan akselerator perniagaan ini disediakan khas untuk usahawan sedia ada dalam kalangan peserta. Latihan ini merangkumi dari segi pengetahuan dan kemahiran setiap individu.
4. Protege Co-op
Golongan belia akan dibantu melalui latihan ini dalam usaha membentuk unit Koperasi
5. Protege In ICT
Latihan ini khusus ke arah keusahawanan yang menggunakan medium berasaskan teknologi seperti perniagaan di alam maya dan sebagainya.
Peringatan!
Mohon perhatian kepada para pemohon, IKLAN JAWATAN KOSONG PROTEGE ini hanya sahih atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk merujuk iklan jawatan kosong ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi peluang dan manfaat kepada anda semua. Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai jawatan kosong, anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.