Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger ?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger ini.
Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger
Isi Kandungan
Tujuan Rancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh saya adalah untuk mendapatkan Bantuan Geran Pelancaran daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan saya merupakan penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM100.00 sebulan dan di samping itu saya menjalankan perniagaan saya sendiri iaitu Sharon Kiosk Burger. Perniagaan secara kecil-kecilan ini merupakan punca rezeki utama keluarga saya memandangkan saya seorang ibu tunggal dan anak saya masih kecil dan bersekolah.
Selain itu, Rancangan Perniagaan ini adalah untuk membentangkan kertas kerja yang lebih jelas dan terperinci yang meliputi aspek pemasaran, perkhidmatan dan kewangan perniagaan kepada Jabatan Kebajikan Masyrakat.Ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas agar pihak jabatan dapat menilai potensi perniagaan yang dijalankan.
Modal yang saya gunakan untuk memulakan perniagaan ini pada Oktober 2012 adalah sebanyak RM3500.00 dan digunakan untuk membeli peralatan asas untuk membuat burger selain daripada bahan mentah. Pada permulaannya, saya hanya mampu membuat burger ayam dan daging sahaja.Sedikit demi sedikit saya menambah menu dengan membuat burger sosej dan burger telur.Malah mendapat cadangan daripada pelanggan supaya menjual satay sebagai menu sampingan.
Memandangkan saya kekurangan modal dan bahan-bahan asas seperti kiosk milik sendiri saya tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan yang memohon kiosk saya dibuka setiap hari.Diharap dengan adanya bantuan Geran Pelancaran ini dapat membantu dan merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetatif dengan kehendak pasaran.Saya ingin memohon pembiayaan sebanyak RM5000.00 bagi tujuan membeli kiosk burger, peralatan dan mesin.
Rumusan
Sharon Kiosk Burger ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan yang berbilang bangsa dan juga peringkat usia. Bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis burger malah kiosk saya turut menjual satay ayam dan juga sosej panggang.
Melihat kepada trend perniagaan yang amat berpotensi ini, maka saya ingin mengambil peluang untuk memperluaskan lagi perniagaan yang saya usahakan ini bagi meningkatkan taraf ekonomikeluarga saya.
Jika dengan adanya bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, diharapdapat membantu meningkatkan hasil perniagaan saya.
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger” disini
Disini admin nak kongsikan Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger 2020 tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kiosk Burger
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.