Adakah anda sedang mencari Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri (Tart Buah-buahan)? Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Kertas Kerja Perniagaan ini.
Penulisan Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri (Tart Buah-buahan)
Isi Kandungan
PENGENALAN
Industri minuman berkhasiat dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan keperluan dan gaya hidup mereka yang semakin mementingkan pemakanan yang sihat, dan penjagaan kesihatan.
Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan jus buah buah-buahan, dan makanan berbentuk pastri (tart buah-buahan), disusuli dengan permintaan yang semakin meningkat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang untuk menubuhkan Juicia Corner (JC) serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Jun 2012.
Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di kawasan universiti atau pusat pengajian, dimana terdapatnya komuniti pelajar yang besar. Peluang ini membolehkan kami mempromosi dan menjual produk kami dengan lebih berkesan. Pemilik premis ini bakal menyediakan khidmat penjualan dan tempahan untuk cafeteria dan kantin kawasan sekitarnya.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Juicia Corner (JC) berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.
TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan kertas kerja ini disediakn adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Juicia Corner (JC) yang menjalankan perusahaan minuman jus buah-buahan, dan konfeksioneri (tart buah-buahan) memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA, seterusnya untuk memohon pembiayaan berjumlah RM 60,000.
Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak R M60,000 merangkumi sebanyak RM 5,100 adalah modal awal pemohon manakala bakinya yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.
Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:
- Pembelian mesin dan alat kelengkapan
- Pengubahsuaian kedai
- Pembayaran gaji pekerja untuk bulan pertama
- Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:
- Nilai Pembiayaan : RM60,000.00
- Kadar Keuntungan : 5%
- Keuntungan Pembiayaan : RM3,000.00 setahun
- Jumlah Pembiayaan : RM12,000.00 setahun
- Bayaran Balik Bulanan : RM1000.00 sebulan
Dapatkan “Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri (Tart Buah-buahan)” disini
Disini admin nak kongsikan Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan
Download : Link Download Kertas Kerja Perniagaan Perusahaan Minuman Jus Buah-buahan dan Konfeksioneri
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.