Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Ladang Ternakan Kambing Secara Komersil?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Contoh Terbaik Kertas Kerja Ladang Ternakan Kambing Secara Komersil
Isi Kandungan
Ringkasan Eksekutif
Idea penubuhan perniagaan ini telah dicetuskan pada tahun 2004 namun disebabkan dengan komitmen semua pihak-pihak yang terlibat maka ia telah tertangguh sekian lama. Namun begitu pada tahun 2008, idea ini telah direalisasikan dengan aktiviti pertama iaitu membersihkan tanah dengan menggunakan modal sendiri.
Bertitik-tolak dari situ maka projek ini mula mengorak langkah secara perlahan-lahan
disebabkan faktor kewangan yang terhad. Walau bagaimanapun ia tetap membuahkan hasil apabila sebuah kandang berukuran 24’ x 40’ siap dibina dan disusuli pula dengan pembinaan sebuah bangsal dan rumah pekerja pada tahun 2009.
Lokasi tapak projek adalah di atas sebidang tanah terbiar di lot 3818 Mukim Ulu Muar, Daerah Kuala Pilah. Tanah ini merupakan tanah arwah nenek saya dan kebenaran menggunakan tanah tersebut telah diperolehi dari pentadbir tanah itu sendiri iaitu Azizah Binti Mohmad Nor.
Terletak lebih kurang 10km dari Pekan Kuala Pilah, 20km dari Pekan Bahau dan 50km dari
Bandar Seremban, lokasi tapak cadangan projek ini amat bersesuaian kerana ia dihubungkan dengan jaringan jalanraya yang baik. Selain itu ia juga dilengkapi dengan infasturktur seperti kemudahan bekalan air dan elektrik dan ini akan memudahkan cadangan penternakan kambing ini untuk dimajukan.
Alhamdulillah, pada tahun 2009 ini juga perniagaan ini telah diberi kepercayaan untuk
menggunakan tanah bersebelah dengan tapak sedia ada untuk dimajukan sebagai tapak
penanaman rumput Napier. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantunga
kepada makanan yang diimport dari luar.
Buat masa ini, perniagaan ini telah melaburkan sebanyak RM35,700.00 untuk membangunkan segala infrastruktur dan masih memerlukan modal tambahan dan modal operasi sebanyak RM50,000.00 untuk menjayakan projek ini. Kebanyakkan dari modal ini akan digunakan untuk membawa masuk kambing-kambing yang akan menjana perniagaan ini kelak
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Ladang Ternakan Kambing Secara Komersil” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download Contoh Terbaik Kertas Kerja Ladang Ternakan Kambing Secara Komersil menggunakan link yang telah disediakan
Download : Link Download disini
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.