Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum? Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum
Isi Kandungan
PENGENALAN Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum
Apa itu Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.
Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?
- Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
- Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
- Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
- Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
- Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.
Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?
- usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
- Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
- Pembekal
- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
- Kakitangan
- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan mereka.
- Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebut harga bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Secara Umum
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.