
Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kedai Runcit (Perniagaan Milikan Tunggal)?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kedai Runcit Perniagaan Milikan Tunggal

Pendahuluan
Kedai Runcit Nonama merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal. Operasi utama perniagaan ialah membekalkan barangan makanan basah dan kering serta barang-barang keperluan harian secara runcit kepada penduduk-penduduk sekitar kawasan perumahan Wakaf Tengah di bandaraya Kuala Terengganu.
Perniagaan akan mula beroperasi pada 1 September 2008. Faktor pemilihan perniagaan kedai runcit di kawasan yang dipilih adalah kerana satu-satunya perniagaan kedai runcit yang terhampir dengan kawasan perumahan Wakaf Tengah adalah terletak kira-kira 3 kilometer jauhnya.
Dengan populasi penduduk lebih daripada 10000 orang adalah penting untuk sebuah kedai runcit didirikan bagi memudahkah urusan pembelian barangan keperluan harian. Pemilik perniagaan berharap akan dapat memperolehi keuntungan atas perniagaan di samping memudahkan urusan penduduk-penduduk sekitar berbelanja dengan harga yang berpatutan di samping menyediakan peluang kerja kepada penduduk sekitar.

Tujuan Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan ini disediakan untuk:
- Memohon pembiayaan kewangan dari Bank Rakyat sebanyak RM100,000.00,
- merancang perlaksanaan perniagaan,
- dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan dan untuk
- menilai daya maju perniagaan.
Pengenalan terhadap barang/perkhidmatan
Kedai Runcit Nonama menjalankan perniagaan membekalkan barang-barang makanan basah dan kering serta barang-barang keperluan harian secara runcit kepada seisi rumah. Pemilik menjangka akan dapat menarik minat sebahagian besar penduduk sekitar untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian yang dijual di kedai ini.
Ini kerana lokasi kedai yang berhampiran dengan kediaman mereka di samping barang-barang dijual dengan harga yang berpatutan serta perkhidmatan penghantaran barang-barang yang dibeli ke rumah masing-masing jika diperlukan secara percuma.
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kedai Runcit (Perniagaan Milikan Tunggal)” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kedai Runcit (Perniagaan Milikan Tunggal) menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan Kedai Runcit
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.
Macamana nak dapatkan contoh kertas kerja ternak lembu…