
Adakah anda sedang mencari Kertas Kerja Perniagaan Gunting Rambut?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Kertas Kerja Perniagaan Gunting RambutĀ ini.
Kertas Kerja Perniagaan Gunting Rambut
Isi Kandungan
Pengenalan
Kedai gunting rambut MECHIMECAL merupakan sebuah perniagaan yang di tubuhkan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan menggunting rambut. Kedai kami menerima semua lelaki sahaja tanpa mengira umur atau bangsa
Premis perniagaan ini terletak di Taman Pekaka, Nibong Tebal dan berkeluasan 143 meter persegi yang mampu memuatkan seramai 4 pelanggan. Kedudukannya amat strategic kerana ianya berhampiran dengan kawasan perumaha dan institusi pengajian tinggi. Oleh itu, perniagaan ini berpontensi untuk mendapat sambutan daripada kalangan penduduk-penduduk setempat serta pelajar-pelajar IPT.
Idea penubuhan ini tercetus apabila kami melihat perniagaan seperti ini jarang ada di sekitar kawasan perumahan di sin. Oleh yang demikian, kami telah mendapat idea ini untuk membukanya di sini bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Tujuan Rancangan Pengajaran

Tujuan kertas kerja rancangan perniagaan ini disediakan adalah seperti berikut:
- Memberi gambaran sama ada projek yang dirancangkan oleh perniagaan berdaya maju atau tidak. Kajian dan analisis yang dibuat dalam rancangan perniagaan boleh dijadikan sebagai alat penentuan daya maju sesebuah syarikat teroka.
- Untuk menyakinkan pihak-pihak tertentu, contohnya bank dan institusi kewangan, pelabur, agensi-agensi kerajaan atau pembekal yang membiayai projek yang dirancangkan dan menunjukkan bahawa projek tersebut berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
- Membantu usahawan mengganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik dan tepat. Memandangkan sumber perniagaan adalah terhad, maka sumber tersebut perlu diagihkan dengan betul bagi mengelakkan pembaziran dan mendapatkan pulangan yang optimum.
- Untuk melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal, dan proaktif. Rancangan perniagaan menolong usahawan merancang pelaksanaan perniagaannya dengan teliti, tersusun, dan lebih praktikal.
Dapatkan “Kertas Kerja Perniagaan Gunting Rambut” disini
Disini admin nak kongsikan Kertas Kerja Perniagaan Gunting Rambut tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Kertas Kerja Perniagaan Gunting Rambut
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.