Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) Effective Mei 2021

Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini merupakan jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 10 Mei 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Pengambilan kali ini yang dibuka adalah sebanyak 17 kekosongan dan 20 simpanan.

Individu yang dilantik ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak SPA sedang mencari calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut sekiranya ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas
Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi kaunseling kepada klien.

Jadual Gaji Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Gaji Minimum RM 2,078.00
Gaji Maksimum RM 9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan
Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia, dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Syarat Kelayakan Akademik

  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
  • ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau
  • ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas, atau
  • lulus Peperiksaan Khas, dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun, atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun, atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  1. Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah)
  2. Kaunseling (Master in Counseling)
  3. Psikologi Kaunseling

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 PG KKM Pegawai Psikologi GredS41 Kaunseling

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah yang telah diiktiraf oleh senat universiti /jawatankuasa yang berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti berikut:

  1. Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)
  2. Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11
  3. Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11
  4. Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19
  5. Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19
  6. Jawatan Kosong SPAJ Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
  7. Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  8. Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29

Semoga perkongsian Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini dapat memberi maklumat lengkap kepada anda semua yang ingin membuat permohonan bagi jawatan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan jawatan kosong ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati