Adakah anda sedang mencari Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan? Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan ini.
Penulisan Contoh Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan
Isi Kandungan
Tujuan Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan
Tujuan pihak syarikat menyediakan kertas kerja ini adalah sebagai panduan dalam perniagaan serta untuk membentangkan perancangan perniagaan syarikat, meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA untuk memohon pembiayaan berjumlah RM185 000.00 sahaja ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Sahaja ). Tempoh pembiayaan yang dipohon oleh pihak syarikat adalah selama 7 tahun dan pihak syarikat juga turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek adalah sebanyak RM292 730.00 di mana sebanyak RM89 098.90 dibiayai dengan wang pemilik sendiri sementara baki RM185 000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini. Tujuan pembiayaan adalah untuk membeli aset tetap dan juga sebagai modal pusingan.
Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 8 % hingga 15 % setahun. Walaupun perniagaan masih di peringkat awal, namun perkembangannya begitu memberangsangkan dan mempunyai potensi cukup besar untuk berkembang di masa hadapan kerana Ani Sup Utara telah dikenali hampir di seluruh Malaysia.
Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap yang amat baik. Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan utama di antara Kepala Batas dan Tasek Gelugor merupakan laluan yang cukup strategik dan memberi kelebihan kepada Ani Sup Utara untuk berkembang kerana pelanggan dapat mengunjunginya dengan mudah. Selain itu, kedudukannya yang berada di laluan menuju ke Lebuhraya Utara Selatan juga memberikan impak yang cukup baik untuk perniagaan itu berkembang.
Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kebelakangan ini, namun pembangunan di bandar Kepala Batas di mana terdapat banyak taman-taman perumahan baru telah dibina, seperti Bandar Putra Bertam, Taman Bertam Indah dan Taman Bertam Perdana. Tambahan pula, Bandar Kepala Batas juga adalah merupakan MINI PUTRAJAYA di mana terdapat banyak kompleks-kompleks kerajaan yang merupakan satu faktor penyumbang kepada peningkatan saiz pasaran yang dimiliki oleh Ani Sup Utara. Selain itu, di sini terdapat beberapa institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sek. Men. Sains Kepala Batas, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Sains Perubatan Alliance. Adalah dijangkakan pertumbuhan ekonomi Bandar Kepala Batas akan terus berkembang dengan wujudnya Taman Perindustrian , USM dan UiTM dalam tempah 3 tahun hingga 5 tahun yang akan datang.
Industri makanan kurang terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kerana makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk menempatkan diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana majoriti penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.
Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikat amat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan perkhidmatan , suasana restoran yang lebih selesa dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan.
Melalui jalinan tawaran perkhidmatan dan produk yang pelbagai ini, Ani Sup Utara mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya di masa hadapan. Ia juga turut mampu menjadi pembekal utama makanan berasaskan sup di kawasan tersebut.
Dapatkan “Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.
Dapatkan Lebih Banyak Contoh Kertas Kerja Projek Perniagaan Disini
Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan
Perkongsian yang kami buat adalah antara kertas kerja terbaik yang anda boleh dapat di internet. Ianya percuma sahaja dan semoga perkongsian Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai Kertas Kerja Membuka Perniagaan Restoran Makanan yang ingin dikongsikan sila komen dibawah.