Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

20231204 051626 0000
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 5

Tahukah anda rasa takut yang melampau merupakan tanda awal anxiety. Rasa takut bagi pesakit anxiety bukanlah takut hantu atau sebaliknya, tanda umum bagi penyakit ini ialah rasa takut nak mati sehingga boleh menyebabkan seseorang individu itu takut jika keluar dari rumah, bagi mereka diluar sangat berbahaya dan berisiko untuk mati.

Dalam kehidupan kita sememangnya disyariatkan untuk mengingati mati. Tetapi sekiranya sudah menganggu kehidupan, mental dan fikiran kita, itu dipanggil sebagai satu penyakit.

There’s no one can understand you as a whole..’ itulah kata-kata orang putih yang menunjukkan sekiranya kita mendapat penyakit ini, tiada sesiapa yang faham kita. Orang akan cuba untuk faham, tetapi orang tidak akan faham secara menyeluruh, tentang bagaimana kita rasa.

Dan ramai juga diantara kita tidak menyedari bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai penyakit ini, jadi kali ini admin akan kongsikan apakah tanda-tanda anxiety dan bagaimana cara atasi penyakit ini. Jom baca.

Anxiety Disorder Adalah Penyakit yang Harus Diberi Sokongan

Anxiety

Apakah itu Anxiety Disorder?

Anxiety disorder adalah penyakit disebabkan oleh kekurangan hormon serotonin, hormon serotonin merupakan hormon ceria, hormon serotonin 80% dihasilkan oleh usus kita. Bila usus tidak sihat, maka ia tidak dapat mengeluarkan serotonin (hormon ceria), jadi kita perlu ada usus yang sihat untuk dapatkan serotonin yang baik dan banyak.

10 Kenali Tanda-Tanda Anxiety

Beberapa tanda-tanda umum anxiety meliputi:

Anxiety
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 6
  1. Perut tak selesa dan kembung sakit
  2. Kepala dan berdenyut-denyut
  3. susah bernafas dan nafas pendek
  4. Tapak tangan dan kaki berpeluh
  5. Sukar tidur malam
  6. Badan rasa penat dan letih
  7. Susah nak bertenang dan rasa tidak selamat
  8. Jantung berdebar rasa nak mati
  9. Tangan atau jari mula menggigil tanpa sebab
  10. Takut berlebihan khususnya takut mati
  11. Telinga berdesing

Jenis – Jenis Anxiety

Terdapat beberapa jenis anxiety disorder yang perlu diketahui. Beberapa di antaranya adalah

Gangguan Panik (Panic disorder)

ketakutan yang tiba-tiba tanpa dikawal sehingga rasa sesak nafas, nak pitam dan jantung berdegup laju.

Post traumatic stress disorder (PTSD)

Gangguan stres yang disebabkan sejarah yang pernah terjadi seperti kemalangan serangan perang dan sebagainya.

Obsessive-compulsive disorder (OCD)

Berasa was-was dengan perkara yang dilakukan. Sentiasa adalah melakukan sesuatu berulang kali seperti mencuci tangan, mengira, mengunci pintu.

Social Anxiety Disorder (SAD)

Anti sosial, kurang keyakinan, rasa malu, takut bila berada di tempat umum. Biasanya mereka akan menghindar dari umum dengan segera .

Cara Atasi Anxiety Disorder

Cara yang paling mudah dan cepat untuk rawat sakit kegelisahan.

Anxiety
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 7
  1. Bermula pada diri kita, kita perlu faham bila kita tengah sakit anxiety, kita perlu tegas, itu adalah perasaan kita, nak mati, rasa takut, itu semua hanyalah perasaan hakikat kehidupan sebenar tiada apa-apa.
  2. Bila kita tak boleh tahan sangat, tetap tak baik-baik, Ambillah garam kemudian kemam, kita akan rasa masin? secara tak sedar apa yang kita rasa fokus kita terhadap perasaan takut tadi akan lesap ataupun lakukan aktiviti apa yang kita minat, sibukkan diri untuk menjauhkan kita dari berfikir yang bukan-bukan.
  3. Hidupkan suasana suram. Bila kegelisahan menyerang, kita akan rasa suasana suram dan bising disebabkan oleh telinga berdesing, kita akan rasa takut, kita akan tertanya-tanya seolah kita ni berada di alam lain, maka disini, kita perlu hidupkan suasana dan bahagiakan diri, jangan berada pada suasana yang terlalu sunyi. Ianya tidak sesuai bagi pesakit penyakit ini.
  4. Bersembang. Penyakit ini jangan biarkan bersendirian, carilah kawan untuk bersembang, bila bersembang secara mudah penyakit ini akan hilang.

Senarai Jenis Ubat untuk Penyakit Anxiety

kita semua maklum bahawa setiap penyakit mempunyai ubatnya tersendiri. Ubat yang tersedia adalah berfungsi untuk memberi kelegaan dan juga kesembuhan mengikut pelbagai penyakit.

Berikut adalah senarai ubat untuk penyakit anxiety yang boleh anda dapati di mana-mana kedai farmasi:

  • Ubat benzodiazepine: Ubat ini digunakan untuk rawatan kegelisahan, ketakutan seperti Alphazolam(Xanax), Diazepam(Valium).
  • Antidepression: Ubat-ubatan seperti Escitalopram dan Sertraline juga berfungsi untuk mengurangkan kegelisahan dan kemurungan.

Penggunaan ubat harus dilakukan dengan surat doktor, pastikan anda memilih ubat yang tepat. Selain itu, pesakit penyakit kegelisahan ini amat memerlukan sokongan daripada ahli keluarga, kawan dan pasangan untuk menghilangkan penyakit ini dengan cepat.

2 KOMEN

  1. saya hampir putus asa dgn sakit yg saya lalui …tips untuk melegakan dn menghilangkan bgaiamana ?
    spaya boleh hidup sperti normal tnpa sakit

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati