Bantuan Awal Persekolahan 2025 adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Pada Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM800 juta untuk pelaksanaan BAP bagi tahun 2025.
Bantuan ini akan memanfaatkan kira-kira 5.2 juta murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga dinaikkan kepada RM180 juta, berbanding RM150 juta pada tahun sebelumnya, bagi membantu golongan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
Artikel ini akan mengupas kadar bantuan, syarat kelayakan, kaedah pemberian, dan tarikh penyaluran bagi BAP 2025 untuk membantu anda memahami manfaat dan proses permohonan.
Berapa Kadar Bantuan Awal Persekolahan 2025?
Isi Kandungan
Kadar bantuan bagi setiap murid yang layak ialah RM150. Bantuan ini diberikan secara one-off atau sekaligus kepada setiap murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Tujuan utama bantuan ini adalah memastikan setiap murid mendapat keperluan persekolahan yang mencukupi pada awal sesi persekolahan.
Syarat Bantuan Awal Persekolahan 2025
Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025:
- Warganegara Malaysia.
- Murid yang bersekolah di Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dalam sesi persekolahan 2025/2026.
- Bersekolah di salah satu kategori berikut:
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian berdaftar
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
Bila Bantuan Awal Persekolahan 2025 Disalurkan?
Tarikh penyaluran rasmi bagi Bantuan Awal Persekolahan 2025 belum diumumkan secara rasmi. Namun, bantuan ini lazimnya diberikan sejurus sebelum sesi persekolahan baharu bermula untuk memastikan ibu bapa dapat membuat persiapan awal. Pengumuman lanjut akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui saluran rasmi mereka.
Kaedah Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2025
Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat melalui dua saluran:
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah tanpa akaun KWK.
Pengagihan bantuan boleh dilakukan sama ada:
- Secara tunai melalui pihak sekolah, atau
- Terus dimasukkan ke dalam akaun bank murid yang layak.
Download Borang Bantuan Awal Persekolahan 2025
Untuk memudahkan proses penerimaan, sesetengah sekolah akan mengedarkan borang tertentu, walaupun ada sekolah yang tidak memerlukan permohonan kerana pemberian automatik. Berikut adalah borang berkaitan:
- Borang PB1: Borang Permohonan Bantuan Persekolahan
- Borang PB2: Borang Pengesahan Pendapatan
Borang-borang ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KPM atau didapati di pejabat sekolah masing-masing.
Nota Penting:
- Pendapatan kasar bulanan hanya mengambil kira gaji pokok dan elaun tetap, tidak termasuk elaun lebih masa atau elaun tidak tetap.
- Ibu bapa disarankan untuk mengemaskini maklumat pendapatan dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) bagi memastikan kelayakan anak-anak.
Pastikan anda mengikuti pengumuman terkini untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai tarikh dan proses penyaluran BAP 2025.