Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Effective Oktober 2022

Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Oktober 2022
Diploma Perguruan Pendidikan

Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Oktober 2022. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).

Sasaran Diploma Perguruan Pendidikan

Dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program

Matlamat Diploma Perguruan Pendidikan

Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mod Pengajian Diploma Perguruan Pendidikan

Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP PAKK) dilaksanakan secara sepenuh masa. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).

PdP interaksi bersemuka fizikal (Kuliah/Tutorial/Amali/Lain-lain) akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus.

Interaksi dalam talian (tidak segerak) melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah (guided learning) yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian.

Semester Pengajian Diploma Perguruan Pendidikan PDP-PAKK Ambilan Oktober 2022

  1. Tahun 1 / Semester 1: Oktober 2022-Januari 2023
  2. Tahun 1 / Semester 2: Februari 2023-Mei 2023
  3. Tahun 1/Semester 3: Jun 2023-September 2023
  4. Tahun 2/Semester 1: Oktober 2023-Januari 2024
  5. Tahun 2/Semester 2: Februari 2024-Mei 2024
  6. Tahun 2/Semester 3: Jun 2024-September 2024

** Tertakluk kepada perubahan semasa

Lokasi Pusat Pengajian Diploma Perguruan Pendidikan

Institut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walau bagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.

  1. ZON UTARA
    1. IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
  2. ZON TENGAH
    1. IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur
  3. ZON SELATAN
    1. IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
    2. IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
    3. IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
  4. ZON TIMUR
    1. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
  5. ZON SARAWAK
    1. IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
    2. IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
  6. ZON SABAH
    1. IPG Kampus Gaya, Sabah
    2. IPG Kampus Tawau, Sabah
    3. IPG Kampus Keningau, Sabah

Kemudahan Penginapan

Kemudahan Penginapan/Kolej Kediaman bagi program ini adalah TIDAK DISEDIAKAN.

Syarat Umum Diploma Perguruan Pendidikan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syarat Akademik

  1. Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  2. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  4. Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:
  5. Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Sub Topik 2

Perenggan 4 2@3 ayat

Buat Permohonan Anda pada Butang di Bawah

KLIK DI SINI

Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu.

Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
  2. Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
  3. Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
  4. Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
  5. Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester

Struktur Yuran

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

  1. Semester 1 (RM1470.00)
  2. Semester 2 (RM1020.00)
  3. Semester 3 (RM1020.00)
  4. Semester 4 (RM1020.00)
  5. Semester 5 (RM1020.00)
  6. Semester 6 (RM2280.00)
  • Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00
  • Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00

Jumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Oktober 2022 dapat memberikan makluman berkaitan peluang dalam memajukan diri atau kerjaya dalam dunia pendidikan. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati