Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gred S : Kemaskini Terbaru Jadual Gaji bagi 33 Skim Perkhidmatan Sosial

Gred S
Gred S

Gred S merupakan 1 skim perkhimatan penting di Malaysia. Dalam menjaga keperluan masyarakat, wujudnya peranan sosial untuk memastikan perkembangan sosial masyarakat Malaysia berkembang baik. Kepentingan sosial adalah perihal yang diambil cakna oleh kerajaan kerana pembentukan rohani dan bimbingan masyarakat untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga.

Kes berkaitan dengan akhlak moral juga semakin meningkat dan kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan masyarakat Malaysia adalah masyarakat lebih kehadapan dengan menekankan kepentingan sosial. Sesuai dengan slogan “Berbudi bahasa budaya kita” adalah usaha kerajaan untuk memupuk masyarakat kearah lebih baik.

Terdapat banyak jawatan dan keperluan yang dirangka dalam sektor perkhidmatan sosial yang kini semakin berkembang bagi mengawasi dan memacu rakyat minda kelas pertama. Untuk itu, kami sajikan informasi rasmi dan sahih berkenaan jadual gaji untuk skim perkhidmatan awam bahagian perkhidmatan sosial gred s.

Fungsi Skim Perkhidmatan Sosial

Skim Perkhidmatan Sosial adalah program atau inisiatif yang disediakan oleh kerajaan atau organisasi untuk memberikan bantuan, sokongan, atau perkhidmatan kepada individu atau komuniti yang memerlukannya. Fungsi utama Skim Perkhidmatan Sosial termasuk:

  1. Bantuan Kewangan: Memberikan bantuan kewangan kepada individu atau keluarga yang menghadapi kesukaran kewangan, seperti bantuan tunai, bantuan makanan, atau bantuan perumahan.
  2. Sokongan Pendidikan: Menyediakan sokongan dalam bidang pendidikan, seperti pemberian biasiswa atau peralatan sekolah kepada pelajar yang memerlukan.
  3. Bantuan Kesihatan: Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas, perubatan, atau bantuan kewangan untuk perbelanjaan perubatan kepada golongan yang memerlukan.
  4. Sokongan Psikososial: Menyediakan kaunseling atau sokongan emosi kepada individu yang mengalami tekanan mental, kehilangan, atau masalah psikososial lain.
  5. Latihan Kemahiran dan Pekerjaan: Menyediakan program latihan kemahiran atau bimbingan untuk membantu individu mendapatkan pekerjaan atau meningkatkan kemahiran pekerjaan mereka.
  6. Perlindungan Kanak-Kanak dan Orang Tua: Melindungi hak kanak-kanak dan menyediakan bantuan kepada ibu bapa yang memerlukan sokongan dalam menjaga anak-anak mereka.
  7. Sokongan kepada Orang Tua Tunggal: Memberikan bantuan kewangan atau sokongan kepada ibu atau bapa tunggal dalam menjaga keluarga mereka.
  8. Penyediaan Perkhidmatan Masyarakat: Menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan awam, penjagaan warga tua, atau bantuan komuniti lain.
gred gaji skim perkhidmatan sosial S

Skim Perkhidmatan Sosial bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup individu, mengurangkan kesenjangan sosial, dan menyokong masyarakat secara keseluruhan dengan cara-cara yang berbeza, bergantung kepada keperluan masyarakat dan sumber yang ada.

Mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terdapat fungsi yang lebih khusus mengikut pekeliling daripada kerajaan. Terdapat bahagian fungsi yang anda boleh rujuk.

Fungsi Umum Bagi Perkhidmatan Sosial

Perkhidmatan-perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam aspek keagamaan, kemasyarakatan, kebajikan, riadah, dan psikologi masyarakat.

Fungsi Utama Perkhidmatan Sosial Bagi Gred S

  1. Keagamaan:
    a. Membina dan menghayati nilai-nilai Islam dalam masyarakat.
    b. Menegakkan keadilan berdasarkan prinsip hukum Islam.
    c. Mengumpul zakat fitrah dari umat Islam.
    d. Membangunkan tadbiran berlandaskan undang-undang Islam.
  2. Khazanah Maklumat dan Warisan:
    a. Mengumpul, menyelamatkan, dan memelihara warisan sejarah dan budaya negara.
    b. Memastikan penjagaan warisan sejarah dan budaya.
    c. Meningkatkan kesedaran melalui penyelidikan dan pameran.
    d. Menyimpan rekod negara dengan teratur dan sistematik.
    e. Memberikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.
  3. Kebajikan:
    a. Membantu orang tua, keluarga, golongan miskin, dan penyandang disabiliti.
    b. Mencegah masalah akhlak remaja.
    c. Memberi galakan kepada pertubuhan sukarela yang menyediakan perkhidmatan kebajikan.
    d. Membantu pembangunan sosio-ekonomi masyarakat.
  4. Belia dan Sukan:
    a. Melatih belia dalam kemahiran vokasional, keusahawanan, dan disiplin diri.
    b. Menyediakan kemudahan dan latihan sukan.
  5. Psikologi:
    Merancang, melaksanakan, dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pelbagai konteks, termasuk pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, keselamatan awam, kesihatan, pendidikan, koreksional, dan rehabilitasi.
  6. Umum:
    Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Fungsi yang pelbagai diwujudkan adalah kerana terdapat banyak skim yang dibuka. Anda bolrh merujuk 33 skim yang diwujudkan dibawah gred S.

33 Skim Perkhidmatan dibawah Klasifikasi Sosial(S)

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kepentingan Sosial?

Kepentingan sosial adalah asas kepada kehidupan manusia dalam masyarakat. Ia merujuk kepada hak-hak, keperluan, dan kesejahteraan sosial individu dan komuniti. Bagi memastikan kesaksamaan dan keadilan dalam masyarakat, adalah penting untuk menjaga kepentingan sosial.

Pemberian sokongan dan bantuan adalah langkah praktikal dalam menjaga kepentingan sosial. Ini termasuk memberikan bantuan kewangan, sokongan emosi, atau perkhidmatan lain kepada individu atau keluarga yang memerlukan. Dengan memberikan sokongan ini, kita membantu masyarakat untuk mengatasi cabaran dan mencapai kesejahteraan.

Pendidikan dan kesedaran juga penting dalam menjaga kepentingan sosial. Melalui penyampaian maklumat kepada masyarakat tentang hak-hak mereka, sumber yang tersedia, dan cara untuk memperjuangkan kepentingan mereka, kita membina kesedaran yang lebih besar dalam masyarakat. Kesedaran adalah langkah pertama menuju perubahan.

Menjaga kepentingan sosial adalah penting untuk memastikan keadilan sosial dan kesaksamaan dalam masyarakat. Ia melibatkan usaha kolektif untuk melindungi hak-hak dan keperluan masyarakat yang berbeza. Dalam dunia yang sentiasa berubah, usaha ini adalah penting untuk memastikan kesejahteraan dan keadilan bagi semua.

Skim PerkhidmatanJenis SkimGred
Pegawai ArkibPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Perancang BahasaPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
KuratorPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai PsikologiPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai AntidadahPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
PustakawanPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai PeneranganPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai Belia dan SukanPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai Perhubungan PerusahaanPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai BeritaPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai Pembangunan MasyarakatPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Pegawai Hal Ehwal IslamPengurusan dan ProfesionalS41, S44, S48, S52, S54
Penolong PustakawanPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Perancang BahasaPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai ArkibPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai PsikologiPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai Belia dan SukanPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong KuratorPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai Hal Ehwal IslamPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai PeneranganPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai AntidadahPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai Perhubungan PerusahaanPelaksanaS29, S32, S38, S40
Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatPelaksanaS29, S32, S38, S40
WartawanPelaksanaS29, S32, S38, S40
Pembantu Belia dan SukanPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu ArkibPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu PeneranganPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu PemuliharaanPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu AntidadahPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu Hal Ehwal IslamPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu Perhubungan PerusahaanPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu Pembangunan MasyarakatPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu PustakawanPelaksanaS19, S22, S26, S28
Pembantu MuziumPelaksanaS19, S22, S26, S28

Dengan senarai lengkap 33 jawatan yang dibuka adalah berdasarkan keperluan bagi memenuhi keperluan sosial masyarakat Malaysia. Untuk itu juga, adanya senarai lemgkap bagi gaji perkhidmatan sosial yang boleh dijadikan rujukan.

Tangga Gaji Khusus Untuk Perkhidmatan Sosial Dibawah Skim Perkhidmatan Awam Gred S

Pekeliling telah dikeluarkan untuk skim bidang perkhidmatan sosial bagi penerangan dan penjelasan mengenai tangga gaji gred S. Orang ramai boleh merujuk pekeliling perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dibawah:

JGMM Kumpulan Pengurusan & Profesional

GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
S546070.0013138.00320.00
S536070.0013138.00320.00
S525750.0012348.00290.00
S515750.0012348.00290.00
S485117.0011632.00270.00
S475117.0011632.00270.00
S443551.0010406.00250.00
S433551.0010406.00250.00
S412078.009544.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
S404986.008972.00225.00
S383527.007506.00180.00
S322844.006256.00155.00
S291493.005672.00145.00
S282704.005526.00130.00
S262575.005251.00125.00
S222252.004693.00115.00
S191352.004003.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Senarai Skim Perkhidmatan Awam Pelbagai Bidang Bagi Jadual Gaji Penjawat Awam Mengikut Gred

Maklumat penuh untuk pelbagai skim dan pengkelasan gred yang semua boleh dapatkan melalui susunan lengkap bagi setiap skim perkhidmatan awam dibawah, anda boleh menyemak segera:

Jadual Gaji Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred B dibawah Perkhidmatan Bakat Seni Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred C dibawah Perkhidmatan Sains Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred DG, DH, DM, DS, DUF, DV, DU, DUG dibawah Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred E dibawah Perkhidmatan Ekonomi Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred F, FA & FT dibawah Perkhidmatan Sistem Maklumat Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred FG & GV dibawah Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred H dibawah Perkhidmatan Kemahiran Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred J & JA dibawah Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred KA & KP dibawah Perkhidmatan Keselamatan & Pertahanan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred L, LA & LS dibawah Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred M dibawah Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred N, NP & NT dibawah Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred Q dibawah Perkhidmatan Penyelidikan & Pembangunan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED UF, U, UD, UG dibawah Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED W, WA & WK dibawah Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Semua butang adalah sekadar ilustrasi butang yang tidak mewakili logo sebenar mana-mana skim. Ianya hanya untuk membezakan butang mengikut skim perkhidmatan sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati