Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 hingga C54 Bagi Tahun 2023

Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 hingga C54 Bagi Tahun 2023
Kredit gambar oleh Kkolosov dari pixabay.com

Jika ada yang tertanya-tanya apakah jadual gaji bagi penjawat awam dibawah skim perkhidmatan Sains maka ini merupakan rujukan alternatif yang membantu menerangkan secara details kepada anda.

Sebelum itu, anda perlu ketahui dibawah Skim Perkhidmatan Sains ini terdapat 14 skim di Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains seperti berikut :

  • Pegawai Geosains
  • Pegawai Penyediaan Makanan
  • Pegawai Sains
  • Pegawai Meteorologi
  • Pegawai Teknologi Makanan
  • Pegawai Kawalan Alam Sekitar
  • Pembantu Geosains
  • Penolong Pegawai Geosains
  • Pembantu Makmal
  • Penolong Pegawai Meteorologi
  • Penolong Pegawai Sains
  • Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
  • Penolong Pegawai Teknologi Makanan
  • Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar

Sebelum kita pergi kepada gaji minimum dan maksima mengikur gred gaji mereka, mari kita kenali dahulu fungsi skim perkhidmatan sains ini.

Fungsi Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains

Fungsi Skim Perkhidmatan Sains (C) melibatkan bidang-bidang berikut:

  1. Sains dan Penyelidikan: Menyelidik dan memajukan ilmu sains dalam bidang yang berkaitan. Ini mungkin melibatkan eksperimen, analisis data, dan penemuan ilmiah.
  2. Analisis dan Kawalan: Melakukan analisis data, kawalan, dan pemantauan dalam rangka memberikan pemahaman mendalam tentang isu-isu sains dan kesannya dalam pelbagai sektor.
  3. Pengurusan Alam Sekitar: Melibatkan pemantauan, pengurusan, dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber semula jadi. Ini termasuk langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
  4. Kajicuaca: Mengumpul data cuaca dan melaksanakan ramalan cuaca. Ini membantu dalam memahami dan meramalkan perubahan cuaca serta memberikan maklumat penting untuk pelbagai sektor termasuk pertanian, pengangkutan, dan keselamatan awam.
  5. Pemakanan: Melakukan analisis dan pengawasan mutu makanan serta memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang dihasilkan dan diedar.
  6. Penyelidikan dan Pembangunan: Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta inovasi dalam bidang sains dan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi.
  7. Penguatkuasaan Akta: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, dan perundangan berkaitan dalam bidang sains dan penyelidikan.

Dengan kata lain, fungsi Skim Perkhidmatan Sains (C) adalah untuk memastikan penyelidikan dan penggunaan ilmu sains yang berkualiti serta menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang alam semula jadi dan dunia kita.

Mari kita lihat fungsi umum dan fungsi utama skim ini mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Fungsi Umum Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains

Perkhidmatan-perkhidmatan ini memiliki fungsi yang mengkhususkan diri dalam analisis dan kawalan berkaitan dengan alam sekitar, sains bumi, galian, pemakanan, dan sains murni.

Fungsi Utama

  1. Perlombongan: Memantau keselamatan aktiviti perlombongan.
  2. Alam Sekitar: Merancang, menilai, mengorganisir, mengkoordinasikan, dan menjalankan aktiviti pengurusan alam sekitar. Selain itu, turut berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan penilaian, penyiasatan, dan nasihat dalam bidang sains.
  3. Kajicuaca: Menyediakan perkhidmatan kajicuaca, termasuk mengumpul data tentang cuaca dan meramalkan keadaan cuaca.
  4. Pemakanan: Melakukan analisis dan pengawasan mutu makanan serta memastikan penyediaan makanan yang berkualiti dan seimbang.
  5. Umum: Melaksanakan penyelidikan dan ujian dalam bidang-bidang yang relevan serta menegakkan undang-undang yang berkaitan.
Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 hingga C54 Bagi Tahun 2023
Kredit image oleh Papagnoc dari pixabay.com

Terdapat 14 Skim Perkhidmatan dibawah Klasifikasi Sains(C)

Seperti yang disenaraikan sebelum ini, terdapat 14 skim perkhidmatan dibawah klasifikasi Sains. Ianya kemudian dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

No. 1: Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Perkhidmatan ini adalah gabungan dari berbagai skim perkhidmatan yang mengharuskan sekurang-kurangnya pemegang ijazah sarjana muda atau kelayakan-kelayakan yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai syarat kelayakan masuk.

No. 2: Kumpulan Pelaksana

Kumpulan Perkhidmatan ini adalah kumpulan perkhidmatan yang menggabungkan pelbagai skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk setidak-tidaknya peringkat diploma atau kelayakan yang lebih rendah yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Senarai Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains

Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Jenis SkimGred
Pegawai Kawalan Alam SekitarPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Pegawai Teknologi MakananPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Pegawai MeteorologiPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Pegawai SainsPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Pegawai Penyediaan MakananPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Pegawai GeosainsPengurusan dan ProfesionalC41, C44, C48, C52, C54
Penolong Pegawai Kawalan Alam SekitarPelaksanaC29, C32, C38, C40
Penolong Pegawai Teknologi MakananPelaksanaC29, C32, C38, C40
Penolong Pegawai Penyediaan MakananPelaksanaC29, C32, C38, C40
Penolong Pegawai SainsPelaksanaC29, C32, C38, C40
Penolong Pegawai MeteorologiPelaksanaC29, C32, C38, C40
Pembantu MakmalPelaksanaC19, C22, C26, C28
Penolong Pegawai GeosainsPelaksanaC29, C32, C38, C40
Pembantu GeosainsPelaksanaC19, C22, C26, C28

Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Sains

Jadual Gaji Tahun 2023 bagi Gred C ini adalah senarai terkini yang dikeluarkan oleh JPA, dan ia mengikuti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2016 yang telah dikeluarkan sebelum ini. Untuk mendapatkan salinan pekeliling yang tertentu bagi Skim Perkhidmatan C, anda boleh memuat turunnya dengan menekan butang di bawah.

JGMM Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional

GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
C546176.0013249.00320.00
C525847.0012444.00290.00
C485205.0011763.00270.00
C443605.0010485.00250.00
C412317.009620.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

JGMM Bagi Kumpulan Pelaksana

GredGredMaksimumKenaikan Tahunan
C405010.008996.00225.00
C383573.007619.00180.00
C322866.006302.00155.00
C291505.005696.00145.00
C282711.005531.00130.00
C262582.005256.00125.00
C222257.004698.00115.00
C191357.004008.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Senarai Jadual Gaji Penjawat Awam Mengikut Skim Perkhidmatan & Gred Masing-masing

Untuk makluman semua, selain daripada berkongsi Jadual Gaji Tahun 2023 bagi Gred C, anda juga boleh mendapatkan rujukan khusus untuk senarai Jadual Gaji Penjawat Awam mengikut pelbagai skim perkhidmatan yang lain.

Sila pilih skim perkhidmatan yang telah disediakan dan klik butang di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jadual Gaji Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred B dibawah Perkhidmatan Bakat Seni Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred DG, DH, DM, DS, DUF, DV, DU, DUG dibawah Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred E dibawah Perkhidmatan Ekonomi Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred F, FA & FT dibawah Perkhidmatan Sistem Maklumat Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred FG & GV dibawah Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred H dibawah Perkhidmatan Kemahiran Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred J & JA dibawah Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred KA & KP dibawah Perkhidmatan Keselamatan & Pertahanan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred L, LA & LS dibawah Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred M dibawah Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred N, NP & NT dibawah Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred Q dibawah Perkhidmatan Penyelidikan & Pembangunan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred S dibawah Perkhidmatan Sosial Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED UF, U, UD, UG dibawah Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED W, WA & WK dibawah Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Semua butang adalah sekadar ilustrasi butang yang tidak mewakili logo sebenar mana-mana skim. Ianya hanya untuk membezakan butang mengikut skim perkhidmatan sahaja.

Silakan sampaikan artikel mengenai Jadual Gaji Tahun 2023 untuk Gred C ini kepada rakan-rakan anda. Semoga mereka mendapat manfaat daripadanya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati