Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten Secara Muktamad! Guru 2 Influencer di Tiktok dan Facebook

Muktamad! Guru Influencer di Tiktok dan Facebook Bakal di Kenakan Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten Bermula Hari Ini
Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten

Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten! Di dalam dunia alam maya kini sedang trending di pelbagai platform media sosial untuk menarik minat pengunjung memberi reaksi Kepada postingan yang baru di upload. Tidak kira muda atau tua masing-masing buat yang terbaik untuk mendapatkan cahaya daripada orang ramai agar hasil penting yang dibuat menjadi tular.

Akan tetapi timbul pula isu Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten mengenai profesion seorang guru yang sedang kini meningkat dalam hal berkaitan penggunaan media sosial di kalangan guru-guru. Ramai guru yang mula terjebak dengan trend untuk menjadikan anak murid sebagai bahan konten media sosial.

Makluman terbaru,guru-guru yang menggunakan pelajar sebagai bahan dalam media sosial akan menghadapi tindakan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini adalah tindak balas daripada kerajaan bagi memberi penegasan kepada pihak guru untuk menjaga nama baik guru. Untuk info lanjut berkenaan isu semasa anda boleh ikuti telegram rasmi kami:

KPM Mula Pantau dan Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten

Usaha Menjaga Institusi Pendidikan

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kementerian tidak akan mengambil mudah jika terdapat pelanggaran terhadap garis panduan penglibatan murid dalam media sosial.

Beliau menyatakan, “Apabila garis panduan tersebut dilanggar dan terdapat aduan, tindakan akan diambil.” Beliau berbicara kepada wartawan selepas sesi Town Hall bersama Menteri Pendidikan di sini pada hari Jumaat.

Media sebelum ini telah melaporkan Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa dan kritikan terhadap tindakan beberapa guru yang menggunakan anak-anak murid mereka sebagai bahan untuk meningkatkan populariti dan keuntungan peribadi di platform media sosial mereka.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilaporkan menerima sekurang-kurangnya satu aduan Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten setiap hari daripada ibu bapa yang mengutarakan kebimbangan mengenai anak-anak mereka yang digunakan sebagai bahan peribadi dalam media sosial guru-guru.

social media 763731 1280
Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten

Murid Dijadikan sebagai Konten adalah Satu Eksploitasi

kenyataan yang harus ditelan kini bahawa menjadikan seorang murid sebagai bahan dalam media sosial adalah boleh dianggap sebagai satu eksploitasi untuk mendapatkan capaian tontonan yang tinggi atau viral. Terdapat banyak kesan yang negatif apabila sebuah video yang dijadikan sebagai bahan untuk viral di mana-mana platform yang akan memudaratkan seseorang murid:

  • Gangguan buli siber oleh netizen
  • Privasi murid tidak lagi selamat
  • Keluarga murid akan mendapat kesan daripada video yang tular
  • Ibu bapa akan merasa tidak berpuas hati dengan guru

Hal-hal seperti inilah yang banyak dilaporkan oleh pihak ibu bapa kepada persatuan ibubapa dan guru (PIBG), sebelum ini KPM tidak mendapat liputan yang mana mungkin dianggap perkara ini adalah remeh tetapi apabila melihat gejala ini melibatkan seorang guru yang berkepentingan dalam dunia pendidikan membawa kesan negatif kepada seorang murid. Maka KPM tidak berdiam diri dan akan mengambil tindakan kepada guru yang terbabit.

Tindakan Berat Jika Guna Murid Sebagai Konten Perlu Dihayati dan Difahami

Seorang Guru Perlu Mematuhi Peraturan 4 yang Ditetapkan oleh Pihak SPP

Menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SPP terdapatnya peraturan empat yang mana penjawat awam di bawah skim perkhidmatan pendidikan adalah perlu untuk menjaga nama penjawat awam serta bertingkahlaku rasional kerana telah membawa nama baik penjawat awam.

Bukan itu sahaja yang perlu para guru tekankan, terdapat juga pelarasan dan penelitian mengenai peraturan 4 yang telah dijelaskan secara terperinci melalui pekeliling yang telah dikeluarkan, anda boleh merujuk laluan rasmi di bawah:

Jika seorang guru enggan menjaga nama baik penjawat awam yang berkhidmat di bawah skim Pendidikan kerajaan Malaysia di bawah gred D hendaklah dikenakan tindakan tata tertib yang mana akan membawa kepada lucut jawatan atau gantung kerja.

Cegah Sebelum Menjadi Barah

Walaupun penggunaan media sosial adalah hak kebebasan kepada para individu, akan tetapi seorang guru perlulah mengguna media sosial dengan mempunyai etika kerana membawa nama baik seorang guru. Hasil dapatan pemerhatian ramai orang mengeluarkan pandangan bahawa guru kini tidak lagi menjaga etika sebagai seorang pendidik apabila bermudah-mudahan muncul di dalam alam maya dan membawa kesan negatif kepada institusi guru.

Guru kini mula terjebak dengan media sosial seperti membuat video trending di Tiktok dan membuat siaran lansung semasa mengajar atau diluar waktu mengajar. Hal ini adalah merupakan sesuatu yang memberi kesan terutama bidang perguruan yang mana sebelum ini seorang guru amatlah menjaga etika dan tatacara agar nama baik urut terjaga.

Ini adalah merupakan isu yang serius apabila berbicara mengenai tindakan seorang guru yang yang menjadikan murid sebagai bahan media sosial untuk tatapan umum. Sebagai seorang guru sepatutnya mempunyai jiwa yang melindungi anak-anak dan membawa kepada pengaruh yang baik supaya terbentuklah manusia yang akan berguna kepada masyarakat kelak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati