Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat?

Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat?

Kini sedang viral mengenai sambal nyet Khairi yang didakwa melakukan plagiat hak cipta sambal nyet berapi Khairul Aming. Netizen merasakan tidak selesa kerana ada pihak yang seolah-olah sengaja mencuri idea dan identiti produk influencer kesayaangan ramai tersebut.

Ramai juga yang terkeliru kerana produknya sememangnya sama dengan produk Khairul Aming. Isu sambal nyet Khairi kini menjadi tumpuan, berikut adalah beberapa maklumat produk ciplak tersebut.

Tiru Produk Sambal Nyet Berapi Khairul Aming, Sambal Nyet Khairi Bakal Disaman Oleh Khairul Aming

image 476
Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat? 7

Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, Khairul Aming telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguamnya telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

Sebanyak 8 tuntutan yang telah disenaraikan dan jika mereka gagal untuk penuhi kesemua tuntutan tersebut, Khairul Aming akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuan semua, Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.

Jelas Khairul Aming, beliau menyokong usaha peniaga-peniaga kecil namun tidak sesekali menyokong cara plagiat produk orang lain kerana dianggap satu penganiayaan.

Apakah Itu Sambal Nyet Khairi?

Sambal nyet Khairi adalah merupakan sebuah produk sambal yang dipercayai dipasarkan sejak bulan November 2023 di platform e-dagang Shoppee dan Tiktok Shop. Ramai yang mula membeli dan merasa berpuas hati dengan kualiti sambalnya.

image 461
Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat? 8

Merujuk kepada komen review, ada yang menyangka bahawa ini adalah produk original Khairul Aming padahal ia bukan. Produk sambal nyet Khairi ini menjadi polemik kerana ia seakan sama dengan sambal nyet influencer tersebut.

Ciri-Ciri Sambal Nyet Khairi Tiru Khairul Aming

Sambal nyet yang tulat sebenarnya mermpunyai bentuk yang hampir sama dan orang ramai boleh terkeliru. Oleh itu, perlu berhati-hati bagi mengelakkan daripada terbeli bukan produk sebenar Khairul Aming.

Berikut adalah ciri-ciri bentuk sambal nyet dari Khairi yang hampir sama dengan sambal nyet berapi:

  • Jenama yang hampir sama. Penggunaan nama sambal nyet adalah merupakan jenama asal dari Khairul Aming yang belum diguna oleh sesiapa. Bahkan, Khairul Aming juga telah mendaftarka di MyIPO sebagai hak paten beliau.
  • Reka bentuk botol dan packaging yang hampir sama. Jika dilihat dari jauh sebenarnya memang tiada beza antara sambal nyet berapi Khairul Aming. Bahkan botolnya menyerupai saiz sebenar dari produk original.
  • Marketing produk sambal yang hampir sama. Bukan sahaja rekaan bentuk produk, malah jenis pengiklanan gaya juga adalah sama. Ia menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang melihat iklan tersebut.
image 464
Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat? 9

Adakah Salah Sambal Nyet Khairi Tiru Sambal Nyet Berapi?

Ramai yang tertanya-tanya adakah boleh dan tidak salah untuk meniru brand produk lain? bagaimana pula dengan jenama yang sudah didaftarkan menjadi jenama yang telah dipatenkan secara sah?

Berikut adalah penerangan ringkas untuk kes sambal nyet Khairi daripada Helmi Khair, seorang penuntut PHD Law di UITM.

image 462

Jenama Sambal Nyet Berapi MyIPO Adalah Milik Khairul Aming

Menurut saudara Helmi Khair, Sambal Nyet Khairi telah melakukan satu tindakan yang berisiko tinggi. Situasi yang terjadi ini boleh jadi satu contoh buku teks tentang pelanggaran cap dagang.

image 463
Isu Sambal Nyet Khairi Copy Khairul Aming Bakal Didakwa Kerana Plagiat? 10

Berdasarkan rekod MyIPO, cap dagang “Sambal Nyet Berapi” adalah milik Khairul Amin dan telah berdaftar dalam kelas 16 (pembungkusan) dan kelas 30 (sambal).

Jika dibandingkan kedua-dua cap dagang secara menyeluruh, terdapat persamaan yang ketara dari segi visual dan berpotensi mencetuskan kekeliruan terhadap sumber sebenar produk sambal.

Dalam hal ini, Helmi Khair mengatakan bahawa pengguna boleh terbeli “Sambal Nyet Khairi” kerana menyangka itu adalah “Sambal Nyet Berapi” milik Khairul Aming.

Pandangan Undang-Undang Bagi Kes Sambal Nyet Khairi

Pihak pemilik “Sambal Nyet Khairi” mungkin akan berhujah bahawa cap dagangnya berbeza sedikit dengan Khairul Aming – atas sebab komponen nama “Khairi” dalam cap dagang beliau.

Walaubagaimanpun, Helmi Khair kurang bersetuju dengan Khairi kerana pembeli masih lagi boleh terkeliru dek kerana sudah terbiasa dengan memori dan tanggapan umum terhadap cap dagang “Sambal Nyet Berapi” milik Khairul Aming (imperfect recollection test).

Jelas beliau, netizen boleh membuat rujukan dari ‘Federal Court in Ortus 2022, Federal Court in MI & M Corporation 1964, High Court in Syarikat Faiza Sdn Bhd 2017’

Kesimpulan yang dapat disimpulkan, tindakan pemilik Sambal Nyet Khairi ini adalah satu tindakan yang kurang tepat. Penggunaan produk serta jenama adalah tidak patur diambil dari idea yang sama. Ibaratnya kita hanya mencuri idea dan usaha branding penat lelah orang lain.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati