Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gred K : Jadual Gaji bagi Penjawat Awam untuk 20 Skim Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

Gred K
Gred K

Skim perkhidmatan Gred K adalah satu aspek penting dalam pentadbiran awam yang menentukan struktur kakitangan kerajaan. Ia adalah satu sistem yang teliti dalam menentukan gaji dan elaun bagi menyokong keperluan dan tanggungjawab para penjawat awam. Skim perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah salah satu daripada banyak skim yang penting dalam sistem perkhidmatan awam, memainkan peranan yang kritikal dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

Kali ini, kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang Jadual Gaji Skim Perkhidmatan Awam dan struktur dalam Skim Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam. Tangga gaji ini memberikan gambaran yang jelas tentang cara remunerasi disusun dan bagaimana ia memberi insentif kepada kakitangan untuk berkhidmat dengan setia dalam bidang yang begitu kritikal ini.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang tangga gaji ini, kita dapat mengetahui betapa caknanya kerajaan untuk memberi insentif kepada para penjawat awam.

Fungsi Skim Perkhidmatan Pertahanan dan Keselamatan

Gred K
Gred K

Berikut adalah senarai fungsi Skim Perkhidmatan Pertahanan dan Keselamatan beserta penerangan ringkas untuk setiap fungsi:

Mengurus, melaksana, dan menguatkuasa undang-undang serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara

  • Tanggungjawab utama adalah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan negara daripada ancaman luar.

Merancang dan melaksanakan program banduan-banduan dan pemulihan akhlak

  • Melaksanakan program pemulihan akhlak untuk banduan-banduan dengan tujuan mengembalikan mereka ke masyarakat dengan cara yang lebih positif.

Memelihara dan mengekalkan keselamatan dengan cara melaksanakan dasar yang berkaitan dengan imigresen dan pendaftaran negara serta dasar keselamatan perlindungan ke atas rahsia rasmi kerajaan

  • Memantau imigresen dan pendaftaran negara untuk memastikan keselamatan serta melaksanakan dasar keselamatan yang berkaitan dengan rahsia kerajaan.

Menguatkuasakan undang-undang dan akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan

  • Bertanggungjawab untuk menegakkan undang-undang dan akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Walaubagaimanapun fungsi bagi sektor bidang keselamatan dan pertahanan Awam ini terdapat maklumat fungsi yang tersendiri disenaraikan oleh pihak JPA, anda boleh rujuk di bawah.

security 869216 1280
Gred K

Fungsi Umum untuk Bidang Keselamatan

Perkhidmatan-perkhidmatan dalam bidang keselamatan dan pertahanan awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman negara.

Fungsi Utama Untuk Skim Gred K

  1. Mengurus, melaksana, dan menguatkuasa undang-undang untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.
  2. Merancang dan melaksanakan program pemulihan akhlak dan pemulihan banduan.
  3. Memelihara keselamatan dengan melaksanakan dasar berkaitan dengan imigresen, pendaftaran negara, dan perlindungan rahsia rasmi kerajaan.
  4. Menguatkuasakan undang-undang serta akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan.

Kini untuk pengetahuan yang lebih lanjut mengenai senarai jawatan untuk skim perkhidmatan di bawah sektor keselamatan dan pertahanan awam boleh rujuk seterusnya.

20 Senarai untuk Skim Perkhidmatan dibawah Klasifikasi Keselamatan dan Pertahanan Gred K

Apakah Itu Skim Perkhidmatan Awam?

Skim Perkhidmatan Awam adalah satu sistem pengurusan pekerjaan yang digunakan oleh kerajaan untuk menguruskan kakitangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pentadbiran awam. Skim ini membolehkan kerajaan memperoleh, membangunkan, dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan untuk menjalankan pelbagai perkhidmatan kepada orang awam dan menyokong pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan, pengangkutan, dan banyak lagi.

Skim PerkhidmatanJenis SkimGred K
Penguasa BombaPengurusan dan ProfesionalKB41, KB44, KB48, KB52, KB54
Penguasa PenjaraPengurusan dan ProfesionalKA41, KA44, KA48, KA52, KA54
Pegawai KeselamatanPengurusan dan ProfesionalKA41, KA44, KA48, KA52, KA54
Pegawai Pertahanan AwamPengurusan dan ProfesionalKA41, KA44, KA48, KA52, KA54
Pegawai Penguat KuasaPengurusan dan ProfesionalKA41, KA44, KA48, KA52, KA54
Penolong Penguasa PenjaraPelaksanaKA29, KA32, KA38, KA40
Penolong Pegawai KeselamatanPelaksanaKA29, KA32, KA38, KA40
Penolong Pegawai Pertahanan AwamPelaksanaKA29, KA32, KA38, KA40
Penolong Penguasa BombaPelaksanaKA29, KA32, KA38, KA40
Pegawai BombaPelaksanaKB19, KB22, KB24, KB26, KB28
Pembantu Pertahanan AwamPelaksanaKP19, KP22, KP26, KP28
Pegawai PenjaraPelaksanaKA19, KA20, KA22, KA24, KA26, KA28
Pegawai ImigresenPelaksanaKP19, KP22, KP26, KP28
Pembantu KeselamatanPelaksanaKP19, KP22, KP26, KP28
Pembantu PendaftaranPelaksanaKP19, KP22, KP26, KP28
Pengawal KeselamatanPelaksanaKP11, KP14, KP16, H18
Penolong Pegawai Penguat KuasaPelaksanaKP29, KP32, KP38, KP40
Pembantu Penguat KuasaPelaksanaKP19, KP22, KP26, KP28
Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai PendaftaranBersepaduKP29, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa ImigresenBersepaduKP29, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54

Penyenaraian senarai jawatan yang berdasarkan skim perkhidmatan untuk bidang keselamatan dan Pertahanan Awam adalah sesuai dengan maklumat yang diperolehi daripada sumber rasmi laman jabatan perkhidmatan awam. Seterusnya untuk mengukuhkan kefahaman kita mengenai perjawatan yang ditawarkan bagi sektor kerajaan adakah patut untuk anda melihat tangga atau senarai gaji dibawah berikut.

Gaji Minimum/ Maksimum serta Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Mengikut Jadual Gaji Tahun 2023 bagi Gred K

Setiap gaji yang telah dirangka mengikut kenaikan dan ketetapan untuk setiap grip adalah berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan khususnya daripada jabatan perkhidmatan awam. Sesuai dengan sistem gaji penjawat awam yang telah ditetapkan anda boleh menyemak sendiri pekeliling yang rasmi melalui klik butang di pautan di bawah.

JGMM Skim Keselamatan dan Pertahanan Gred K

Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KA546122.0013180.00320.00
KA525795.0012370.00290.00
KA485161.0011690.00270.00
KA443600.0010478.00250.00
KA412094.009604.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KA405010.008996.00225.00
KA383573.007619.00180.00
KA322890.006271.00155.00
KA291505.005696.00145.00
KA282726.005565.00130.00
KA262597.005290.00125.00
KA242356.005014.00120.00
KA222271.004749.00115.00
KA201467.004062.00105.00
KA191360.003824.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KB546122.0013180.00320.00
KB525795.0012370.00290.00
KB485161.0011690.00270.00
KB443600.0010478.00250.00
KB412094.009604.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KB405014.009000.00225.00
KB383585.007924.00180.00
KB323205.006271.00155.00
KB291814.005700.00145.00
KB282726.005565.00130.00
KB262597.005290.00125.00
KB242356.005014.00120.00
KB222271.004749.00115.00
KB191360.003824.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KP546075.0013140.00320.00
KP525751.0012350.00290.00
KP485120.0011635.00270.00
KP443555.0010409.00250.00
KP422081.009547.00225.00
KP412081.009547.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Gred KMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
KP404986.008996.00225.00
KP383527.007619.00180.00
KP322844.006271.00155.00
KP291493.005696.00145.00
KP282706.005565.00130.00
KP262577.005290.00125.00
KP222252.004749.00115.00
KP191360.004052.00100.00
KP181829.003831.00100.00
KP161734.003616.0095.00
KP141644.003401.0090.00
KP111205.002939.0080.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Himpunan Tangga Gaji untuk Pelbagai Skim Penjawat Awam Mengikut Gred

Untuk menambahkan pengetahuan anda semua mengenai skim perkhidmatan yang telah disenaraikan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia Anda boleh ikuti dengan merujuk maklumat-maklumat yang kami sediakan di bawah:

Jadual Gaji Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred B dibawah Perkhidmatan Bakat Seni Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred C dibawah Perkhidmatan Sains Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred DG, DH, DM, DS, DUF, DV, DU, DUG dibawah Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred E dibawah Perkhidmatan Ekonomi Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred F, FA & FT dibawah Perkhidmatan Sistem Maklumat Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred FG & GV dibawah Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred H dibawah Perkhidmatan Kemahiran Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred J & JA dibawah Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred L, LA & LS dibawah Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred M dibawah Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred N, NP & NT dibawah Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred Q dibawah Perkhidmatan Penyelidikan & Pembangunan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred S dibawah Perkhidmatan Sosial Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED UF, U, UD, UG dibawah Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED W, WA & WK dibawah Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Semua butang adalah sekadar ilustrasi butang yang tidak mewakili logo sebenar mana-mana skim. Ianya hanya untuk membezakan butang mengikut skim perkhidmatan sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati