Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Gaji Gred N Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan Bagi 25 Skim Perkhidmatan

GAJI PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Gred N

Fungsi sektor pentadbiran dan sokongan Gred N adalah untuk melincikan bahagian kerja-kerja melibatkan belakang tabir dan menjayakan sesebuah organisasi. Dapatan melalui sektor ini adalah menyumbang dalam skala yang besar kepada jabatan,agensi dan bahkan kementerian kerana skim ini menawarkan serta menyediakan jawatan yang mempunyai kepelbagaian.

Menarik untuk diselidik dan diketahui lebih lanjut, apakah jadual gaji penjawat awam yang berkhidmat di bahagian ini? Umum juga mengetahui bahawa kebanyakan gred N adalah setaraf dengan kelayakan SPM. Oleh sebab itu tidak hairan jika dibawah sektor pentadbiran dan sokongan ini menerima banyak permohonan jawatan di dalam SPA9.

Dalam usaha menambah minat pembaca untuk ketahui informasi lengkap jadual khsusu gred N, kami sediakan yang terbaik dan dapatkan daripada bahan yang terpercaya sahaja untuk dihidangkan anda.

Fungsi Skim Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan Gred N

Gred N
Gred N

Skim Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan biasanya terdiri daripada kakitangan yang menyokong operasi dan pengurusan keseluruhan organisasi. Fungsi utama Skim Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan termasuk:

  1. Pengurusan Sumber Manusia: Melaksanakan tugas berkaitan dengan pengambilan pekerja, pengurusan prestasi, latihan dan pembangunan staf, serta isu-isu perhubungan pekerja.
  2. Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat: Menguruskan urusan harian pejabat seperti pengurusan fail, perjalanan perniagaan, peralatan pejabat, dan logistik.
  3. Kewangan dan Perakaunan: Menyelenggara penyata kewangan, pemprosesan bayaran, perakaunan, dan pemantauan perbelanjaan organisasi.
  4. Sokongan Teknikal: Memberikan sokongan teknikal seperti penyelenggaraan komputer, rangkaian, perisian, dan sistem teknologi maklumat.
  5. Pembangunan Organisasi: Menguruskan inisiatif pembangunan organisasi, termasuk perancangan strategik, pembinaan budaya korporat, dan penambahbaikan proses.
  6. Perkhidmatan Pelanggan: Memberikan sokongan kepada pelanggan luaran dan dalam organisasi dalam bentuk perkhidmatan pelanggan atau sokongan teknikal.
  7. Komunikasi dan Hubungan Awam: Menyelaras komunikasi dalaman dan luaran, termasuk strategi komunikasi, penyediaan kandungan, dan pengurusan imej awam.
  8. Pengurusan Projek: Melaksanakan dan menguruskan projek-projek khas dalam organisasi.
folder 4119674 1280

Fungsi Skim Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan bervariasi mengikut jenis organisasi dan industri, tetapi pada dasarnya, mereka bertujuan untuk menyokong operasi yang lancar dan efisien dalam organisasi.

Terdapat juga maksud fungsi sebenar diterangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menurut JPA diterangkan dengan lebih khusus maksud sebenar untuk sektor ini.

Fungsi Umum Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan

Perkhidmatan-perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar serta peraturan-peraturan dalam pentadbiran awam, serta memberikan sokongan kepada perkhidmatan lain untuk memastikan prestasi yang berkesan.

Fungsi Utama Menurut JPA

  1. Merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan dengan aspek personel, organisasi, kewangan, dan unsur yang berkaitan.
  2. Mengawasi dan memastikan pematuhan penuh terhadap undang-undang dan peraturan.
  3. Menilai keberkesanan program pengurusan dan pembangunan.
  4. Menguruskan pelaksanaan peraturan yang telah ditetapkan.
  5. Mengembangkan dan menguruskan sistem maklumat pengurusan.
  6. Menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan.
  7. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

25 Skim Perkhidmatan dibawah Klasifikasi Pentadbiran & Sokongan (N)

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sektor Pentadbiran Dan Sokongan?

Pentadbiran dan sokongan merujuk kepada aktiviti dan fungsi yang berkaitan dengan pengurusan, pengawalan, dan penyelenggaraan organisasi atau entiti. Ini melibatkan pelbagai tugas dan peranan untuk memastikan bahawa organisasi beroperasi dengan berkesan dan memenuhi matlamatnya. Ia boleh merangkumi beberapa aspek seperti:

  1. Pentadbiran: Ini adalah aspek pengurusan dan pelaksanaan dasar-dasar, prosedur, dan struktur organisasi. Ia melibatkan pengambilan keputusan, perancangan strategik, pengurusan sumber daya manusia, dan pengawalan operasi harian organisasi.
  2. Sokongan: Ini merujuk kepada perkhidmatan atau aktiviti yang disediakan kepada organisasi atau individu dalam organisasi untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka. Sokongan ini boleh termasuk perkhidmatan seperti penyediaan maklumat, teknologi maklumat, penyeliaan kesihatan dan keselamatan, penyelenggaraan bangunan, dan banyak lagi.

Jadi, “Pentadbiran & Sokongan” merangkumi aktiviti dan fungsi yang mencakupi pengurusan serta penyediaan perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan organisasi berfungsi dengan cekap dan efektif. Ini adalah aspek penting dalam pengurusan organisasi awam atau swasta. Berikut adalah senarai lengkap untuk jawatan yang disediakan oleh sektor ini;

Skim PerkhidmatanJenis SkimGred
Pegawai Penyelidik SosialPengurusan dan ProfesionalN41, N44, N48, N52, N54
Pegawai PenerbitanPengurusan dan ProfesionalN41, N44, N48, N52, N54
Pengurus AsramaPengurusan dan ProfesionalN41, N44, N48, N52, N54
Pegawai TadbirPengurusan dan ProfesionalN41, N44, N48, N52, N54
Penolong Pengurus AsramaPelaksana
N29, N32, N36, N40
Penolong Pegawai TanahPelaksanaNT29, NT32, NT36, NT40
Penolong Pegawai TadbirPelaksanaN29, N32, N36, N40
Penolong Pegawai Penyelidik SosialPelaksanaN29, N32, N36, N40
Penolong Pegawai PenerbitanPelaksanaN29, N32, N36, N40
PenghuluPelaksanaNP29, NP32, NP36, NP40
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)PelaksanaN19, N22, N26, N28
Pemeriksa Cap JariPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pegawai Khidmat PelangganPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu PenerbitanPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu Penyelidik SosialPelaksanaN19, N22, N26, N28
Penyelia AsramaPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu Pengurusan MuridPelaksanaN19, N22, N26, N28
Juruaudio VisualPelaksanaN19, N22, N26, N28
Operator WayarlesPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu Penyediaan MakananPelaksanaN19, N22, N26, N28
Bentara ParlimenPelaksanaN19, N22, N26, N28
Penghantar NotisPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu OperasiPelaksanaN19, N22, N26, N28
Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir TanahBersepaduNT19, NT22, NT26, NT29/30, NT32, NT36, NT40
Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha PejabatBersepaduN19, N22, N29/30, N32, N36, N40

Tangga Gaji Sebenar Untuk Skim Pentadbiran Dan Sokongan Yang Disusun Oleh Pihak JPA

Kerangka mengebai tangga gaji yang diwujudkan oleh kerajaan adalah salah satu usaha untuk memastikan kelancaran sistem pembahagian gaji serta memastikan hak dan kepentingan para penjawat awam terjaga. Untuk skim perkhidmatan awam bahagian ini pula disenaraikan dengan mengikut pekeliliing yang sedia ada. Rujuk untuk lebih lanjut;

Jadual Gaji Minimum dan Maksimum Gred N

GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
N546072.0013138.00320.00
N525750.0012348.00290.00
N485118.0011634.00270.00
N443551.0010406.00250.00
N412080.009546.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
N404986.008972.00225.00
N363527.007506.00180.00
N322844.006256.00155.00
N301493.005672.00145.00
N291493.005672.00145.00
N282706.005526.00130.00
N262577.005251.00125.00
N222252.004693.00115.00
N191352.004003.00100.00
N181825.003827.00100.00
N161730.003612.0095.00
N141640.003397.0090.00
N111216.002983.0080.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
NP404986.008972.00225.00
NP363527.007506.00180.00
NP322844.006256.00155.00
NP291493.005672.00145.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
NT404986.008972.00225.00
NT363527.007506.00180.00
NT322844.006256.00155.00
NT301493.005672.00145.00
NT291493.005672.00145.00
NT262577.005251.00125.00
NT222252.004693.00115.00
NT191352.004003.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Senarai Maklumat Mengikut Jenis Skim Yang Dikeluarkan Oleh JPA Berkenaan Tangga Gaji Dan Lain-Lain

Pihak jabatan perkhidmatan awam sememangnya peka dengan perkembangan kerjaya di bawah skim penjawat awam yang disusun secara teliti untuk memastikan hak-hak para pekerja terjaga. Anda boleh memilih senarai dibawah untuk mengetahui skim yang anda minati.

Jadual Gaji Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred B dibawah Perkhidmatan Bakat Seni Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred C dibawah Perkhidmatan Sains Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred DG, DH, DM, DS, DUF, DV, DU, DUG dibawah Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred E dibawah Perkhidmatan Ekonomi Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred F, FA & FT dibawah Perkhidmatan Sistem Maklumat Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred FG & GV dibawah Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred H dibawah Perkhidmatan Kemahiran Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred J & JA dibawah Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred KA & KP dibawah Perkhidmatan Keselamatan & Pertahanan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred L, LA & LS dibawah Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred M dibawah Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred Q dibawah Perkhidmatan Penyelidikan & Pembangunan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred S dibawah Perkhidmatan Sosial Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED UF, U, UD, UG dibawah Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED W, WA & WK dibawah Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Semua butang adalah sekadar ilustrasi butang yang tidak mewakili logo sebenar mana-mana skim. Ianya hanya untuk membezakan butang mengikut skim perkhidmatan sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati