Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya dan Cara Murid Akan Dinilai Dengan Lebih 5 Faktor

UUPSR dimansuhkan
UPSR dimansuhkan

UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya dan Cara Murid Akan Dinilai. Pada 28 April 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan dan memuktamadkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan sepenuhnya.

Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan berkata dalam sidang media khas tidak akan ada peperiksaan ganti bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) itu.

Selain itu, beliau menegaskan Kementerian Pendidikan meletak fokus utama dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Khusus (PKSK) khas untuk pelajar yang ingin memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan lain-lain.

Selaras dengan pemansuhan UPSR, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) akan dimansuhkan. Beliau juga berkata ketika sidang media itu:

Pihak kementerian telah libat urus yang melibatkan lebih 1,700 peserta terdiri daripada guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan-persatuan lain.”

Pagi tadi saya telah membentangkan kertas Memorandum Jemaah Menteri berkenaan dengan UPSR dan kami telah memuktamadkan satu keputusan bahawa UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021.”

Beliau juga berkata UPSR dimansuhkan berhubung maklum balas yang diterima ialah guru-guru terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran sehingga membantut kreativiti guru dalam pengajaran. Bagi murid pula, mereka tertekan dengan persediaan bagi memperoleh skor 6A dalam peperiksaan.

Bagaimana Murid Akan Dinilai Selepas UPSR dimansuhkan?

UPSR dimansuhkan
UPSR dimansuhkan
  1. Dengan pengumuman pemansuhan UPSR pada 28 April 2021, secara asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijalankan kepada murid oleh semua sekolah di seluruh negara.
  2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengandungi beberapa elemen Pentaksiran seperti:
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

3. Dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini, murid-murid akan dinilai secara berterusan sepanjang tahun. PBD yang dilaksanakan bukanlah berbentuk peperiksaan. Guru-guru akan menjalankan PBD melalui penilaian berbentuk kuiz, lisan, pemerhatian, pelaksanaan projek dan pelbagai lagi kaedah pentaksiran mengikut kreativiti guru dan kemampuan murid.

4. Penilaian murid akan diberikan mengikut Tahap Penguasaan (TP) berdasarkan pentaksiran yang dilaksanakan. Tahap Penguasaan terdiri daripada:

  • TP 1 hingga TP 6

Tahap Penguasaan akan diberikan mengikut kategori penguasaan murid seperti murid yang dapat menguasai kandungan pembelajaran sepenuhnya akan diberikan TP 6, bagi golongan murid sederhana TP 5 & TP 4. Manakala murid yang kurang atau tidak menguasai kandungan pembelajaran akan diberikan TP 3, TP 2 dan TP 1.

5. Untuk Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), murid-murid wajib melibatkan diri di dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum untuk diberikan markah penilaian.

6. Bagi Ujian Psikometrik (PPsi) pula, murid-murid akan diuji dari segi daya fikir, kecenderungan emosi dan juga kemahiran sosial.

Secara tuntasnya, murid-murid akan dinilai melalui ketiga-tiga elemen ini. Murid yang menguasai kesemua elemen pentaksiran akan dikategorikan sebagai Pelajar Cemerlang kerana penilaian adalah secara holistik.

Setiap pihak terutamanya guru dan ibu bapa mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza berkaitan pemansuhan UPSR ini. Namun sebagai pendidik, kita perlu memastikan para pelajar mendapatkan pendidikan dan keupayaan mereka dilengkapkan ke tahap optimum.

Perkongsian Bersama

Akhir kata, semoga perkongsian kami UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya dan Cara Murid Akan Dinilai dapat memberi pengetahuan dan arah tuju kepada para guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada murid-murid. Pemansuhan UPSR bukanlah dimaksudkan pelajar tidak perlu belajar, namun murid akan dinilai berlipat kali ganda. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu bagi meningkatkan keupayaan murid dalam pelbagai aspek seperti pembelajaran, aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran sosial mereka.

Percayalah, selepas UPSR dimansuhkan akan banyak perkara negatif yang akan berlaku dalam sistem pendidikan negara. Mungkin kita akan cuba berdolak dalih tetapi pihak kami yakin akan sentiasa ada perkara yang negatif bakal berlaku jika UPSR tidak digantikan dengan sistem peperiksaan lain atau lebih baik ianya dikembalikan.

Antara ketakutan kami ialah :

  1. Murid tiada motivasi untuk belajar lagi.
  2. Pencapaian akademik dan pemahaman akademik mereka merosot.
  3. Murid semakin kurang ajar.
  4. Guru sekolah menengah akan menggelupur menerima pelajar yang tidak mahir asas pendidikan.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati