Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Insentif Skim i Suri KWSP : Terima Sumbangan Kerajaan Sebanyak RM480 Setahun

Skim i Suri KWSP
Skim i Suri KWSP

Insentif Skim i Suri KWSP : Terima Sumbangan Kerajaan Sebanyak RM480 Setahun.Di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022,Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas i-Suri . Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Melalui Insentif i-Suri KWSP, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

i suri 724x1024 1
Skim i Suri KWSP

Insentif i-Suri ini akan memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Insentif Skim i Suri KWSP : Terima Sumbangan Kerajaan Sebanyak RM480 Setahun

Apakah Itu Insentif i-Suri KWSP?

Insentif i-Suri merupkan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP. Merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Siapakah Yang Boleh Mencarum Skim i Suri KWSP?

Mereka yang layak mencarum i-Suri KWSP ialaha Suami kepada pasangan yang layak dan diri sendiri (isteri)

Apakah Syarat Kelayakan Mencarum Skim i Suri KWSP?

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan mencarum i-Suri KWSP:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  4. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif sahaja dalam satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), jadi anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi skim i-Suri KWSP.

Apakah Faedah Skim i Suri KWSP?

Berikut merupakan faedah i-Suri KWSP yang akan diterima oleh pencarum:

  1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  2. Caruman boleh dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka sendiri dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
  3. Pencarum akan menerima dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian: RM2,500
  5. Bantuan hilang upaya

Cara Pendaftaran i-Suri KWSP

Pendaftaran i-Suri KWSP adalah berdasarkan kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018. Untuk pengetahuan semua,pendaftaran sebagai ahli KWSP dan permohonan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Kepada isteri atau suri rumah, anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP. Anda perlulah menyediakan dokumen yang akan diminta. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • Kad pengenalan anda
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh merujuk terus ke:

SKIM I-SURI KWSP

Telefon : 03 – 8922 6000

Faks :03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Skim i Suri KWSP 2
Skim i Suri KWSP 2

Skim i-Suri Perkasakan Kehidupan Seorang Suri Rumah Rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia sentiasa optimis dalam memastikan keperluan kehidupan rakyat Malaysia. Melalui pengenalan skim i-Suri KWSP ini akan membantu dan menjamin masa depan para suri rumah di Malaysia.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati