Kisah pegawai bank mencuri wang pelanggan dengan cara menggodam sistem sebanyak satu sen setiap hari hingga mencecah RM41 juta adalah kes paling mencuri tumpuan sekitar 90-an.
Individu yang dikaitkan dengan kes ini dikenali sebagai Aman Shah dan sehingga kini ramai yang beranggapan kes yang dilakukan lelaki berkenaan sama seperti kisah Frank Abagnale. Nak mudah cerita kisah jenayah Frank Abagnale yang pakar mencuri wang ini pernah di angkat ke layar perak iaitu Catch Me If You Can yang dilakonkan Leonardo DiCaprio.
Begitulah anggapan orang ramai terhadap Aman Shah, sosok yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1990 apabila dilaporkan menyelewengkan sebanyak RM4 juta daripada Hock Hua Bank dalam tempoh hanya dua minggu saja.
Namun begitu, beberapa hari lalu, gempar di Facebook apabila lelaki yang mendakwa dirinya Aman Shah tampil menafikan dia mengambil satu sen daripada tiap-tiap akaun pelanggan seperti yang tertulis dalam satu gambar yang dikongsikan oleh seorang individu ‘Fzal Ismail’.
Antara komen ditinggalkan Aman Shah seperti “Saya sedar saya membuat orang tertanya-tanya, maka saya sudah terangkan secara ringkas saya tak pernah ambil duit 1 sen pun daripada tiap-tiap akaun pelanggan. “Apa yang dikesal sudah terjadi tetapi kekesalahan saya lebih menusuk jiwa sampai sekarang ialah apabila saya berhadapan dengan Allah di tanya kenapa saya menyalahgunakan ilmu di dalam otak saya. “Hukuman di dunia sudah saya jalani, antara saya dan Allah teramat berat,” jelasnya.
![[Pendedahan Ekslusif] Kisah Ini di Dedahkan Sendiri Aman Shah Bagaimana dia Mengaut Keuntungan Puluhan Juta Ringgit Pada Tahun 90-an 4 144](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/01/144.png)
![[Pendedahan Ekslusif] Kisah Ini di Dedahkan Sendiri Aman Shah Bagaimana dia Mengaut Keuntungan Puluhan Juta Ringgit Pada Tahun 90-an 5 154](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/01/154.png)
“Saya dah baca macam-macam artikel…yang saya paling tak paham kenapa mereka menuduh saya curi duit klien bank 1 sen..tidak pernah berlaku hal 1 sen ni pun seperti yang berlegar-legar dalam internet. “Ada yang betul tetapi banyak yang salah. Saya ingat satu hari saya jelaskan kepada public apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Persoalan yang masih belum terjawab adalah adakah lelaki yang menggunakan nama ‘Aman Shah’ itu adalah individu yang benar-benar pernah menggemparkan negara satu ketika dulu.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Fzal Ismail’ itu bagaimanapun sudah memadamkan status berkenaan sebaik menyedari Aman Shah tampil meninggalkan komen di status berkenaan. SUMBER : https://www.hyperlokal.my/post/satu-hari-saya-jelaskan-kepada-umum-apa-yang-sebenarnya-berlaku-aman-shah