Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gred Q : Jadual Gaji Untuk 3 Skim Perkhidmatan Penyelidikan Dan Pembangunan

Jadual Gaji Skim Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan Gred Q
Gred Q

Bidang penyelidikan dan pembangunan dibawah gred q antara bidang yang terpenting dalam memastikam kemajuan sesebuah negara. Bagi negara Malaysia, bidang ini juga berfungsi rapat dalam skim perkhidmatan awam yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Pelbagai jawatan dibawah bidang ini telah pun diwujudkan bahkan sememangnya memainkan peranan penting. Penyusunan jadual gaji khusus untuk penjawat awam juga dirangka awal. Pembangunan adalah aspek penting serta penyelidikan perlu seiring untuk negara Malaysia melangkah, mengkaji dan membuat keputusan yang tepat untuk kebaikan negara.

Sebagai pembelajaran umum, disusun secara rapi dan lengkap mengenai jadual gaji penjawat awam sektor penyelidikan dan pembangunan sebagai inisiatif menambahkan pengetahuan anda.

Fungsi Skim Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan

Skim Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) merupakan program atau inisiatif yang disediakan oleh kerajaan atau organisasi untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang. Fungsi utama skim ini adalah:

  1. Mendorong Inovasi: Skim R&D memberi insentif kepada penyelidik dan organisasi untuk menjalankan penyelidikan baru, mencipta produk, teknologi, atau pengetahuan baru, dan mempromosikan inovasi dalam industri dan sektor tertentu.
  2. Peningkatan Kebolehcapaian: Ia membantu meningkatkan kebolehcapaian sesebuah negara atau organisasi dalam bidang sains, teknologi, perubahan sosial, ekonomi, dan lain-lain melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
  3. Peningkatan Daya Saing: Dengan menyediakan dana dan sokongan untuk penyelidikan, skim ini membantu meningkatkan daya saing negara atau organisasi dalam pasaran global dengan menghasilkan produk atau teknologi yang lebih canggih.
  4. Penyelesaian Masalah: Melalui penyelidikan, skim ini membantu dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah, sama ada dalam bidang kesihatan, alam sekitar, teknologi, atau bidang lain.
  5. Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan: Skim R&D menyokong pembangunan modal insan melalui latihan penyelidik, penyelidik-pelajar, dan kemajuan dalam pengetahuan dan kemahiran mereka.
  6. Pengkomersialan: Ia boleh membantu dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan, menjadikan mereka produk atau perkhidmatan yang boleh dijual, dan dengan itu memberi pulangan kepada pelaburan dalam penyelidikan.
  7. Pemantauan dan Penilaian: Skim ini juga melibatkan pemantauan dan penilaian projek-projek R&D untuk memastikan keberkesanannya dan memberi panduan untuk pembangunan masa depan.
Jadual Gaji Skim Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan Gred Q
Gred Q

Skim Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan Gred Q adalah penting dalam memajukan sains dan teknologi serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat secara keseluruhannya.

Untuk fungsi yang lebih jelas serta telah diterangkan secara khusus melalui info rasmi yang kami dapat daripada dan berdasarkan mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adanya fungsi yang berbeza-beza menerangkan tentang sektor yang berkepentingan kepada kerajaan ini. Anda boleh rujuk maklumat yang lebih lengkap kami letakkan di bawah.

Fungsi Umum Menurut JPA

Perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan sains murni yang bertanggungjawab dalam penyelidikan dasar dan aplikasi untuk kemajuan teknologi dan penciptaan baru.

Fungsi Utama Bidang Penyelidikan Dan Pembangunan

  1. Melaksanakan penyelidikan untuk mencipta inovasi baru.
  2. Mengendalikan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti penciptaan sedia ada.
  3. Melakukan penyelidikan untuk meningkatkan proses pengeluaran.
  4. Menilai dan menentukan kesesuaian hasil penyelidikan untuk tujuan pembangunan.
  5. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

3 Skim Perkhidmatan dibawah Klasifikasi Penyelidikan dan Pembangunan Gred Q

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Skim Penyelidikan Dan Pembangunan?

Skim Penyelidikan dan Pembangunan adalah program atau inisiatif yang biasanya disediakan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, atau organisasi lain untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang. Skim ini bertujuan untuk mendorong inovasi, meningkatkan pengetahuan, mencipta produk atau teknologi baru, dan menyumbang kepada kemajuan dalam sains, teknologi, ekonomi, atau bidang lain.

Biasanya, skim ini menyediakan dana, sumber daya, atau sokongan kepada penyelidik atau pasukan penyelidikan untuk menjalankan projek-projek penyelidikan yang mempunyai potensi untuk memberi manfaat kepada masyarakat atau industri. Skim Penyelidikan dan Pembangunan penting dalam memajukan negara atau organisasi dalam era yang semakin kompleks dan berdaya saing tinggi ini.

Skim PerkhidmatanJenis SkimGred
Pegawai PenyelidikPengurusan dan ProfesionalQ41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
Penolong Pegawai PenyelidikPelaksanaQ29, Q32, Q36, Q40
Pembantu PenyelidikPelaksanaQ19, Q22, Q26, Q28

Jawatan yang telah disenaraikan diatas adalah merupakan antara jawatan yang diperuntukkan dibawah sektor ini. Mengenai jadual gaji juga telah dibicarakan secara terperinci oleh pihak jabatan perkhidmatan awam yang rakyat Malaysia boleh mengikuti rapat maklumat yang kami sediakan di bawah.

Gaji Minimum/ Maksimum Serta Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Mengikut Jadual Gaji Tahun 2023 Bagi Gred Q

Penting bagi setiap jadual gaji yang dinyatakan untuk difahami dengan lebih teliti dan perlukan sokongan daripada bukti yang jelas ianya datang daripada jabatan kerajaan. Untuk itu anda disarankan menyemak sendiri bahawa maklumat gaji adalah betul mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan mengikut info semasa JPA. Rujuk dibawah segera;

JGMM Gred Q

GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
Q546174.0013248.00320.00
Q536174.0013248.00320.00
Q525844.0012441.00290.00
Q515844.0012441.00290.00
Q485203.0011761.00270.00
Q475203.0011761.00270.00
Q443602.0010504.00250.00
Q433602.0010504.00250.00
Q412315.009618.00225.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
GredMinimumMaksimumKenaikan Tahunan
Q404990.008976.00225.00
Q363532.007511.00180.00
Q322848.006259.00155.00
Q291496.005676.00145.00
Q282708.005528.00130.00
Q262579.005253.00125.00
Q222255.004696.00115.00
Q191355.004007.00100.00
Nilai gaji yang dinyatakan diatas ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Jadual Tangga Gaji Untuk Semua Skim Yang Telah Disusun Mengikut Gred

Telah disenaraikan secara terperinci dan maklumat yang sahih daripada pihak jabatan kerajaan melalui perangkaan dan penyusunan yang bertepatan untuk dijadikan rujukan orang ramai. Bagi anda yang ingin mengetahui senarai yang lengkap anda boleh ikuti himpunan yang Kami sediakan di bawah mengikut skim skim perkhidmatan awam;

Jadual Gaji Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred B dibawah Perkhidmatan Bakat Seni Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred C dibawah Perkhidmatan Sains Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred DG, DH, DM, DS, DUF, DV, DU, DUG dibawah Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred E dibawah Perkhidmatan Ekonomi Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred F, FA & FT dibawah Perkhidmatan Sistem Maklumat Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred FG & GV dibawah Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred H dibawah Perkhidmatan Kemahiran Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred J & JA dibawah Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred KA & KP dibawah Perkhidmatan Keselamatan & Pertahanan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred L, LA & LS dibawah Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred M dibawah Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Jadual Gaji Bagi Gred N, NP & NT dibawah Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi Gred S dibawah Perkhidmatan Sosial Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED UF, U, UD, UG dibawah Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023Jadual Gaji Bagi GRED W, WA & WK dibawah Perkhidmatan Kewangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Tahun 2023
Semua butang adalah sekadar ilustrasi butang yang tidak mewakili logo sebenar mana-mana skim. Ianya hanya untuk membezakan butang mengikut skim perkhidmatan sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati