Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia ini merujuk kepada tawaran permohonan jawatan yang terkini sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 2 Julai 2021.

Terdapat sebanyak 11 buah Penjara Satelit (PS) yang beroperasi sebagai usaha mengatasi isu kesesakan banduan di institusi penjara dan mengekang penularan wabak COVID-19. Bagi tujuan tersebut, pengurusan perkhidmatan kesihatan diwujudkan di PS untuk memastikan aspek kesihatan banduan/banduan diberikan layanan berdasarkan akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Sehubungan itu, Jabatan ingin mempelawa calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Gred U29 secara Perkhidmatan Personel MySTEP di PS yang sedang beroperasi.

Skop Tugas di Jabatan Penjara Malaysia

  1. Terlibat secara langsung dalam pemeriksaan kesihatan terutamanya pemeriksaan (kesihatan) kemasukan banduan baharu dan melakukan ujian pengesanan Cocid-19 di pintu masuk utama atau mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
  2. Terlibat sebagai ahli jawatankuasa dan pelaksana operasi Covid-19 di peringkat institusi masing-masing bagi merancang, memantau, dan mengkoordinasi pelan tindakan dalam menangani dan membendung wabak Covid-19.
  3. Melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi berkaitan Covid-19.

Syarat Umum Permohonan Kerja di Jabatan Penjara Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Berdaftar dan memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius seperti patah atau kecacatan anggota badan
  • Pemohon hendaklah berumur antara 35 hingga 62 tahun (Kategori A) atau 22 hingga 35 tahun (Kategori B).
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 20 hingga 26

Cara Permohonan Kerja di Jabatan Penjara Malaysia

1. Lengkapkan dokumen seperti berikut:

6ca7d1df e0d1 4486 b632 90fa319111bc 5
  • Borang MySTEP/PRIDE/MA 2021
  • Salinan Sijil Akademik (SPM/SVM/Diploma Pembantu Perubatan)
  • Salinan Sijil Amalan Tahunan oleh Lembaga Pembantu Perubatan
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • Resume berserta gambar berukuran passport

2. Dokumen yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui e-mel kepada:

Maklumat Lanjut

Sila rujuk hebahan ini untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati