Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22 Effective Jun 2021

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22 (Lelaki) bagi tahun 2021 kini dibuka. Tempoh permohonan pengambilan Perajurit Muda TUDM ini bermula 18 Jun 2021 sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2021. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Syarat Asas Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Permohonan

408527218 7262645750436787 8059686335942480865 n 1
  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) KLIK DI SINI.
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma, dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Peringatan Mesra

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan pengambilan Perajurit Muda TUDM ini boleh dirujuk menerusi:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021 ataupun Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22.

Diharapkan agar individu yang memenuhi syarat dan berkelayakan dapat merebut peluang Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22 ini sementara permohonan masih dibuka. Anda semua digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati