Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Kementerian Perpaduan Negara Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Kementerian Perpaduan Negara

Jawatan Kosong Kementerian Perpaduan Negara ni merupakan permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 2 Julai 2021 (Jumaat). Kementerian Perpaduan Negara ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP bagi jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Maklumat Jawatan Kosong di Kementerian Perpaduan Negara

c8d089b9 533d 479f ac63 be83a9008605 1
  • JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29)
  • GAJI DITAWARKAN: RM1,800.00/SEBULAN
  • TEMPOH: JULAI 2021 – DISEMBER 2021
    (PENYAMBUNGAN KONTRAK AKAN DIPERTIMBANGKAN BERDASARKAN KEPADA PERATURAN YANG BERKUAT KUASA)
  • KEKOSONGAN: 1 CALON – PEMBANGUNAN SISTEM
  • KEMUDAHAN: CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP, DAN CARUMAN PERKESO

Deskripsi Tugas – Pembangunan Sistem

  1. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan
    bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai
    juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework Laravel;
  2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  3. Mengumpul maklumat keperluan pembangunan aplikasi mengikut keperluan sistem;
    dan
  4. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT)
    bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study
    (SRS).

Syarat Kelayakan

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi
    maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut
    tarikh dan masa yang ditetapkan;
  4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
  5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
  6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN JAWATAN KOSONG – Personel MySTEP PPTM FA29

Cara Permohonan

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan
dokumen berikut sebelum 2 Julai 2021 (Jumaat):

1. Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan
2. Salinan sijil SPM dan diploma/Ijazah/setaraf.

Ke alamat seperti di bawah:

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 7, Blok F9, Kompleks F
Presint 1, Lebuh Perdana Timur
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Bahagian Pengurusan Maklumat)
*setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda *Personel MySTEP – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)* di sebelah kiri atas sampul.

ATAU
E-mel permohonan anda ke [email protected]

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan penawaran jawatan kosong ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Kementerian Perpaduan Negara ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati