Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu
Majlis Daerah Setiu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 7 Julai 2021, jam 12.00 tengah hari. Permohonan adalah dipelawa dalam kalangan Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong di Majlis Daerah Setiu

  1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  2. Penolong Jurutera Gred 29
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred 29
  4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  5. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Syarat Umum Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Permohonan

  1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDS. TR. 1 yang boleh didapati di Laman Sesawang Kerja Majlis Daerah Setiu http://kerja.mds.gov.my
  2. Permohonan hendaklah disertakan satu salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan seperti berikut:-(i) Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Surat Berhenti Sekolah yang disahkan.
    (ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan.
    (iii) Diploma (salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).
    (iv) Kad Pengenalan Ibubapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
    (v) Sekeping gambar warna (terkini) berukuran passport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan).

    [Pegawai yang layak untuk buat pengesahan ialah Pegawai Kerajaan Kumpulan ‘A’, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu, Pengerusi JKKK, Pegawai
    Polis berpangkat ASP Keatas, Pegawai Tentera berpangkat kapten atau setaraf dan ke atas]

  3. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (termasuk Kenyataan Cuti) serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.
  4. Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan. (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).
  5. Tarikh tutup permohonan termasuk permohonan melalui pos hendaklah di terima oleh Majlis Daerah Setiu selewat-lewatnya sebelum/pada 7 Julai 2021, jam 12 tengah hari.
  6. Permohonan yang di terima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Borang permohonan yang lengkap sempurna diisi hendaklah di hantar ke alamat di bawah, dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kiri penjuru sampul surat;
    Yang Dipertua,
    Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS
    22100 Bandar Permaisuri,
    Setiu, Terengganu
  9. Majlis Daerah Setiu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian no. 09 6099377 / 09 6099434 (sambungan Pengurusan Sumber Manusia)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati