Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia Effective Mei 2021

Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia

Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia ini merujuk kepada pengambilan terkini secara kontrak (Contract of Service) yang sedang dibuka bermula 12 Mei 2021. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan petugas kesihatan yang melibatkan sebanyak enam jawatan yang dikhususkan buat masa ini untuk membantu menangani pandemik COVID-19. Perincian maklumat lanjut cara permohonan boleh didapati pada bahagian bawah.

Senarai Jawatan Kontrak yang Ditawarkan KKM

  1. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
  2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  3. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
  4. Jururawat Gred U29
  5. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
  6. Juru X-Ray Diagnostik Gred U29

Tempoh Perkhidmatan Jawatan Kontrak

  • Tempoh perkhidmatan bagi setiap jawatan yang disenaraikan seperti di atas semuanya adalah sama, iaitu selama 12 bulan sahaja.

Syarat Umum Permohonan

43ad8f59 4ca1 4883 a76d 06572d969e1e 8
Jawatan Kontrak
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun.
  3. Mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan jawatan yang dipohon.
  4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (12 bulan) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID-19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, asma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus/Dermatomyositis (DM), Hyperparathyroidism (HPT), dan lain-lain, serta tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya.
  5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti jabatan kesihatan negeri, pejabat kesihatan daerah atau hospital kerajaan di seluruh negara.
  6. Sedia bertugas lebih masa/luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan, dan hari kelpasan am mengikut keperluan.
  7. Lulus tapisan panel temu duga daripada pihak KKM.

Cara Permohonan

  • Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan mengisi Google Form berikut: Tawaran Pengambilan secara Kontrak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat, dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat yang tidak tepat dan tidak benar.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar, dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemu duga secara dalam talian.
  • Calon hendaklah sertakan salinan Kad Pengenalan,salinan Sijil Akademik, dan salinan-salinan dokumen lain yang diminta di dalam format borang yang disediakan.

Nota Penting

Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh (2) bulan dari tarikh permohonan, maka permohonan calon dianggap tidak berjaya. Anda juga boleh rujuk halaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sebarang info dari semasa ke semasa.

Selian itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan lain seperti Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Dilanjutkan ataupun Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11.

Diharapkan perkongsian Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat memberi informasi terkini jawatan kosong yang sedang dibuka kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati