Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil Effective Jun 2021

Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil

Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil bagi Sesi Januari 2022 kini dibuka. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang membuka permohonan bagi pengambilan Latihan Separa Perubatan ini sehingga 4 Julai 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 875 kekosongan yang ditawarkan untuk pengambilan kali ini.

Individu yang berjaya dilantik bagi menyertai Latihan Separa Perubatan ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jenis-jenis Latihan dan Kekosongan

408603130 1544160336403625 160438722122789388 n 2

Bertaraf Diploma

  • Jururawat: 77 kekosongan (lelaki) & 183 kekosongan (perempuan)
  • Penolong Pegawai Perubatan: 140 kekosongan (lelaki) & 85 (perempuan)
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran: 40 kekosongan (lelaki) & 20 kekosongan (perempuan)
  • Juruteknologi Makmal Perubatan: 70 kekosongan
  • Penolong Pegawai Farmasi: 50 kekosongan
  • Jurupulih Perubatan Fisioterapi: 25 kekosongan
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja: 25 kekosongan
  • Juru X-ray Radiografi: 20 kekosongan

Bertaraf Sijil

  • Pembantu Kesihatan Awam: 40 kekosongan (lelaki)
  • Pembantu Pembedahan Pergigian: 100 kekosongan

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia yang berumur:
    – tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan, atau
    – tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL), atau
    – tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (selain PSL).
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM bedasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dipohon. Sila rujuk Maklumat Syarat Latihan.

Dapatkan “Iklan Latihan Separa Perubatan” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-KKM-LatihanSeparaPerubatanBertarafDiplomadanSijil_SesiJanuariTahun2022

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati