Jawatan kosong pembanci oktober melalui Jabatan Perangkaan Malaysia telah dibuka untuk semua. Jawatan sebagai pembanci masyarakat adalah merupakan jawatan yang memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada jabatan melalui pengumpulan data masyarakat setempat.
Dibawah Jabatan Perangkaan Malaysia, mereka yang bekerja akan dapat menyumbang bakti kepada pembangunan dan kebajikan masyarakat. Oleh itu, peluang pekerjaan ini adalah merupakan satu usaha murni yang anda akan berikan manfaat kepada orang ramai.
Jawatan Kosong Pembanci Oktober Dibawah Jabatan Perangkaan Malaysia
Isi Kandungan
Mohon Jawatan Yang Ditawarkan
Untuk pengenalan, Jabatan Perangkaan Malaysia adalah merupakan sebuah jabatan dibawah kementerian Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang sememangnya tugasnya adalah mengambil cakna rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan budaya.
Bekerja dibawah JPM sememangnya suatu yang positif untuk anda ambil. Peluang kerjaya ini juga akan memberi sumbangan besar kepada kerjaan. Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong pembanci Oktober:
Jawatan Kosong | Penerangan |
---|---|
Pembanci (Personel Mystep E19) | -Membuat bancian di kawasan yang telah dibahagikan -Mengumpul maklumat masyarakat di kejiranan -Menghubungi penduduk setempat untuk memastikan maklumat dan butiran mereka adalah tepat -Menyantuni masyarakat sewaktu proses pembancian dijalankan |
Syarat Yang Diperlukan Untuk Permohonan
Bagi pengambilan jawatan kosong pembanci oktober di bawah jabatan perangkaan malaysia telah ditetapkan bahawa calon perlu mengikuti kriteria kelayakan dalam membuak permohonan kerja bagi bulan oktober 2023. Untuk itu di bawah telah disediakan maklumat syarat kelayakan untuk permohonan bulan oktober:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas.
- Mempunyai kelayakan SPM
- Mempunyai lesen memandu motosikal dan kereta
Tempoh Permohonan Kerja Yang Telah Dibuka
Untuk tempoh permohonan jawatan kosong pembanci oktober terdapat dua negeri yang membuka peluang kerjaya. Iaitu Jabatan Perangkan Negeri Johor yang membuka permohonan sah sehingga 21 November 2023. Manakala untuk Jabatan Perangkaan Negeri Selangor membuka permohonan kepada calon sehingga 9 November 2023.
Penerangan Skop Kerja
Untuk jawatan kosong pembanci oktober telah diberikan tugasan untuk membuan dan melaksana kerja pungutan data di lapangan dan tangkapan data di pejabat bagi survey untuk jawatan perangkaan malaysia. Skop kerja ini juga termasuk dalam menyantuni penduduk setempat yang telah dibahagikan bahagian yang perlu dibuat bancian.
Selain itu, calon yang berjaya juga perlu membuat semakan berkenaan maklumat bagi sejak rumah untuk mengesahkan maklumat yang telah dikemaskini untuk tahun yang baharu.
Panduan Permohonan Jawatan Kosong Pembanci
Rujukan Iklan Yang Dikeluarkan
Sebelum calon membuat permohonan kerja, adalah perlu dan disarankan kepada calon untuk memeriksa terlebih dahulu siaran dan makluman jawatan kosong yang telah ditetapkan. Untuk itu, diminta untuk calon merujuk segera pautan yang kami lampirkan dibawah.
Cara Mohon Kerja Melalui Myfuturejob
Rasmi untuk permohonan jawatan kosong pembanci oktober 2023 adalah melalui laman kerjaya dibawah kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Sumber Manusia. Portal permohonan kerjaya ini juga sering membuka peluang kerjaya sektor awam yang calon boleh membuat semakan dan carian secara kerap.
Berikut adalah cara untuk para calon membuat permohonan untuk jawatan kosong pembanci oktober:
- Calon boleh terus melayari laman Myfuturejob di carian google.
- Kemudian, calon boleh klik masuk dan paparan Myfuturejob akan muncul.
- Terdapat dua bahagian yang disediakan, diantara “Pencari kerja” dan “Majikan”. Klik sahaja “Pencari Kerja”
- Seterusnya, calon boleh membuat carian dengan carian “Jabatan Perangkaan”. Disana, akan dipaparkan 2 tempat jawatan kosong pembanci oktober dibuka.
- Pilih di jabatan negeri mana yang anda mahu pilih. Sesudah itu, para calon boleh terus membuat permohonan dan mengikuti apa yang diminta untuk para calon sediakan.
- Semasa proses permohonan, calon akan diminta untuk membuat akaun masuk laman tersebut. Kemudian calon perlu mengisis beberapa maklumat dan butiran diri sekiranya calon adalah kali pertama mohon.
- Selepas selesai. Calon hanya perlu membuat pengesahan sahaja mengenai permohonan yang calon pilih.
Tips Jadi Pembanci Masyarakat Yang Berwibawa
Terdapat tips-tips yang menarik yang boleh diketahui oleh para calon sekiranya terpilih untuk menjadi wakil pembanci Jabatan Perangkaan Malaysia. Dikongsikan kepada anda untuk menguruskan, melaksanakan dan membawa peranan dengan baik supaya anda tidak merasai sukar dalam menjalankan tugasan kerja. Berikut adalah dikongsikan kepada anda tips jadi pembanci masyarakat:
- Sentiasa membawa nota dan pen. Penting untuk anda mencatat nota-nota tepi mengenai kejiranan yang anda kunjungi.
- Muatkan file dan borang isi ke dalam beg yang ringan dan selamat. Perlu untuk anda sediakan kelengkapan agar kertas dan borang serta file anda dalam keadaan terlindungi.
- Simpan dan amanah dengan setiap data yang anda kumpul. Menjadi pembanci adalah diamanahkan untuk menjaga sebaik mungkin borang maklumat penduduk yang dibanci. Maklumat tersebut adalah merupakan rahsia negara.
- Mempersiapkan kenderaan lebih awal. Pengankutan yang digunakan oleh pembanci perlu untuk diselenggara terlebih dahulu sebelum bergerak. Ini adalah untuk memastikan anda menuju rumah ke rumah dengan selamat.
Akhir kata, menjadi pembanci yang berwibawa adalah sangat dituntu. Pekerjaan murni yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara ini adalah sangat memberi manfaat. Kepada bakal pembanci, diucapkan semoga dipermudahkan urusan anda!.