Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia(BLKM) Tahun 2022 l Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

blkm 2022
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia(BLKM) Tahun 2022 l Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen. Kerajaan Malaysia berusaha untuk memajukan rakyat melalui menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha kerajaan untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat.

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia akan terus komited melancarkan bantuan-bantuan baharu untuk kepentingan rakyat. Kini kerajaan memperkenalkan bantuan berupa subsidi bagi memperoleh lesen memandu. Bagi mengetahui lebih lanjut, anda boleh ikuti maklumat dibawah.

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia(BLKM) Tahun 2022 l Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia

Apakah Itu Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia(BLKM) Yang Diperkenalkan?

Dibawah perancangan Kementerian Pengankutan Malaysia dan kerjasama bersama Jabatan Pengankutan Jalanraya(JPJ) telah membuat pengumuman akan memperlaksanakan satu program iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia(BLKM). Program ini ialah bantuan dari kerajaan Malaysia  khusus kepada mereka yang dari golongan berpendapatan rendah.

Program ini memfokuskan kepada keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah untuk membantu memiliki lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.

Makluman kepada semua, program bantuan ini merupakan program dibawah seliaan tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) MOT melalui JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri pada tahun 2022.

mypsv

Berapakah Kadar Bantuan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia?

Program bantuan ini merupakan program bantuan kewangan secara subsidi. Bayaran lesen memandu mempunyai kos yang tersendiri, melalui bantuan ini kos lesen memandu akan menjadi rendah dan mudah untuk dimiliki.

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Dikenakan Bayaran RM250 Sahaja..

Bakal penerima yang layak perlu hadiri kursus latihan memandu yang sangat singkat. Bayaran juga akan dikenakan dengan lebih rendah berbanding kos bayaran sebenar yang dikenakan keatas individu biasa. Jumlah sebenar adalah RM750 untuk setiap individu bagi memiliki lesen memandu kelas B2.

Melalui bantuan ini, kos tersebut dikurangkan dan hanya perlu dibayar RM250 melalui subsidi kerajaan Malaysia bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Tersebut?

Syarat bagi kelayakan menerima bantuan ialah:

  1. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang sah.
  2. Belum mengambil lesen
  3. Sihat tubuh badan
  4. Tiada kecacatan anggota badan
  5. Nama tidak dikenakan senarai hitam dan blacklist dari Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan JPJ.

Permohonan Bagi Bantuan Lesen Keluarga Malaysia(BLKM)

Untuk makluman kepada semua, sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan cara untuk membuat permohonan skim bantuan BLKM ini. Pihak kami dari Sistem Guru Online, akan kemaskini maklumat berkenaan program ini dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda semua, maklumat setakat ini, pemilihan calon yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih(Pendaftar yang disenarai dalam senarai taraf kemiskinan).

Sekiranya anda ingin mengetahui butiran maklumat lebih terperinci berkenaan BLKM ini, anda boleh merujuk pada talian seperti dibawah :

Laman Rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

E-mel – [email protected]

Nombor Telefon – 03 8000 8000

Media sosial Facebook – Jabatan Pengangkutan Jalanraya

Soalan Lazim & FAQ

1) Bantuan Lesen Ini ditawarkan untuk kelas apa?

Bantuan lesen yang diperkenalkan ialah bagi Kelas B2

2) Berapa yang akan diambil?

Untuk makluman,hanya RM250 sahaja yang perlu dibayar bagi memiliki lesen selepas subsidi kerajaan kepada mereka yang layak.

3) Berapakah had umur yang dibenarkan untuk dapat bantuan ini?

Had umur bagi mereka yang layak menerima bantuan ialah mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Melalui pengenalan bantuan ini, diharapkan dapat membantu ramai rakyat Malaysia untuk memiliki lesen memandu. Bantuan lesen ini akan dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati